Aliran Aliran dalam dalam Kurikulum Kurikulum Disediakan oleh Ahmad Zainal Abd Aziz
PENGENALAN • Aliran kurikulum merupakan satu pegangan atau mazhab-mazhab tertentu yang dipelopori oleh ahli-ahli tokoh pendidikan bagi menunjukkan fahaman masing-masing yang menjadi ikutan dikalangan kebanyakan pendidik dan ahli kurikulum diseluruh dunia dan pembentukan kurikulum tersebut adalah mengikut acuan mazhab tersebut.
1. Aliran Interactionisme Konsep interactionism mula diperkatakan oleh Rene Descarters (1959- 1650), seorang ahli falsafah dan pakar matematik perancis yang memperkatakan manusia terdiri daripada gabungan pemikiran dan badan atau jasad dan roh.
2. Aliran Empirisme Pada abad yang ke 17 dan 18 diengland , timbul pula aliran falsafah emprisme.Tokoh-tokoh falsafah psikologi yang terkenal pada masa itu ialah John Locke (1632 -1704) dan Goerge Berkely( 1685 -1753).John Locke telah mengemukan konsep tabula rasa, iaitu jiwa manusia kosong semasa di lahirkan .
3. Aliran Struktulisme Muncul di jerman dan di pelopori oleh tokohnya adalah Wilhelm Wundt (1832-1920). Fahaman ini dikenali sebagai strukturalisme kerana ahliahlinya menumpukan kajian kepada pengalaman sedar, iaitu mengkaji apa yang boleh dinyatakan oleh seseorang dalam pengalaman sedarnya.
4.Aliran Functionalisme Di Amerika timbul pula aliran Functionalisme yang diasaskan oleh John Dewey (1859-1952) dan William James (1842-1910). Aliran ini dinamakan functionalisme sebab ia menekankan pengalaman sedar dan tingkahlaku. Fahaman ini mengkaji bagaimana manusia menggunakan mindanya untuk berfikir dan menghasilkan tingkah laku. Mereka juga berpendapat proses mental sentiasa katif dan berterusan.Fahaman ini dipengaruhi oleh teori evolusi manusia yang dikemukan oleh Darwin dan falsafah pragmatisme iaitu pemikiran yang berdasarkan praktikal bukan teori.
5. Aliran Behaviourisme Aliran Behaviourisme muncul diAmerika Utara dan diasaskan oleh J.B. Watson (1878-1958)yang popular dengan teori pelaziman klasik dimana beliau telah menjalankan kajian ketas seorang kanak-kanak yang bernama albert dan seekor tikus putih.Tokoh-tokoh lain ialah Pavlov, Thorndike, skinner, hull dan lain-lain.aliran ini juga dikenali sebagai Associationism iaitu mengkaji kaitan mental antara dua peristiwa antara dua idea yang mebawa kepada terjadinya pembelajaran.Ahli aliran ini menjalankan kajian ketas haiwan seperti tikus,kucing dan anjing.Prinsip pembelajaran atau tingkahlaku yang diperolehi melalui kajian akan cuba diaplikasi kepada pembelajaran atau tingkahlaku manusia.
6. Aliran Humanistik Aliran humanistik diasaskan oleh Abraham Maslow (19081970) dan Carl Rogers (1902-1987).Pendekatan humanisme menekankan cara fikiran,pengamatan serta interpretasi seseorang individu mengenai sesuatu peristiwa.Ahli-ahli psikologi humanisme mempercayai seseorang individu bertanggungjawab keatas tindakannya. Contohnya apabila seseorang ingin mencapai kecemerlangan dalam hidupnya, dia hendaklah bertindak atau berusaha kearah pencapaian matlamat hidupnya.Menurut pendekatan ini,kuasa motivasi seseorang individu adalah kecenderungan nya berkembang serta mencapai pemenuhan kendiri atau self-actualisation.
7. Aliran Kognitivisme Aliran kognitivisme dipelopori oleh tokohtokoh seperti ahli-ahli psikologi gestalt,Piaget,Vygotsky,gagne,bruner dan ausubel.Alira ini berminat mengkaji pemikiran manusia,persepsi dan penanggapan,kognisi,metakognitif,kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,kemahiran belajar, motivasi dan lainlain.
8. Aliran Konstruktivisme Aliran ini diasaskan oleh tokoh-tokoh seperti Von Glaserfeld,Piaget, Vygotsky,confrey,dan seymour Peppert. Konstruktivisme atau faham binaan mengambil kira bagaimana individu membina kefahaman terhadap bahan yang mereka pelajari.Konstruktivisme menekan peranan aktif pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.pendekatan pembelajaran ini sangatdigemari khususnya sebagai satu kaedah mengajar untuk subjek matematik dan subjeksubjek sains tulen seperti fizik, kimia dan kajihayat.
Samb… Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang. Perkembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu-ilmu baru ini dapat disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman.