PRINSIP AL-MUSAWAH
Al-Musawah membawa maksud persamaan. Persamaan yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah mengenai persamaan taraf dan kedudukan setiap pentadbir, pengurus ataupun setiap individu di sisi undang-undang atau peraturan dalam memperolehi hakhak asasi dan pada taraf atau status kemanusiaan. Semua manusia berasal daripada satu keturunan yang sama dan hanya berbeza dari sudut amalan, tanggungjawab dan ketaqwaan sahaja. Firman Allah S.W.T. “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbilang bangsa dan bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sis Allah adalah orang-orang yang paling bertaqwa.” Surah Al-Hujurat ayat 13
Ayat ini membawa maksud manusia adalah sama dan terikat di sisi peraturan atau undang-undang yang syarie, tanpa sebarang pengecualian atau keistimewaan. Tiada sesiapa yang boleh menjatuhkan taraf dan kehormatan orang lain melainkan jika ianya dibenarkan oleh undang-undang.. Islam menentang keras kewujudan sistem kasta iaitu membezakan manusia berdasarkan warna kulit, bahasa, bangsa, budaya, pangkat, asal keturunan dan sebagainya. Sistem kasta mengundang pelbagai masalah terhadap masyarakat
serta
mencetuskan
perbalahan
dan
persengketaan
yang
mungkin
berpanjangan. Maka, manusia seharusnya diberi persamaan dari segi tanggungjawab terhadap undang-undang, hukuman serta agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan.
•Tanggungjawab Terhadap Undang-Undang Semua manusia terikat dengan peruntukan undang-undang yang sama tanpa dibezakan bangsa, keturunan, pangkat, warna kulit dan lain-lain. Undang-undang tidak boleh digubal hanya untuk dikuatkuasakan kepada golongan atau bangsa tertentu sahaja.
•Tanggungjawab terhadap hukuman Setiap manusia mesti dipertanggungjawabkan dengan hukuman yang telah dijatuhkan tanpa mengira kedudukan, taraf, warna kulit, bangsa ataupun keturunan seseorang. Semua manusia juga terikat dengan undang-undang, peraturan dan hukuman yang sama. Hukuman tidak boleh dijatuhkan berbeza dengan mengikut taraf dan darjat seseorang.
•Agihan dan Penerimaan Kemudahan-Kemudahan Harta yang telah diiktiraf sebagai harta awam seperti sekolah, hospital, jalanraya serta taman permainan dan sebagainya haruslah dikongsi bersama. Penafian terhadap hak ini akan menimbulkan konflik sosial yang mengakibatkan kesan negatif seperti rusuhan kaum dan tunjuk perasaan.
PRINSIP AL-SYURA
Syura merupakan proses perbincangan, perundingan dan permesyuaratan untuk mencapai permuafakatan dan persetujuan bersama dalam membuat keputusan mengenai sesuatu polisi atau tindakan. Proses ini memberikan peluang kepada mereka yang terlibat untuk mengemukakan pandangan secara bebas dan pada masa yang sama menghargai pandangan pihak lain untuk mencapai keputusan yang terbaik melalui partisipasi pelbagai pihak dalam perkara yang menyangkut kepentingan bersama. Ini sejajar dengan suruhan al-Quran dan amalan Rasulullah S.A.W. Amalan syura dalam Islam adalah suatu pendekatan yang perlu diterapkan dalam setiap aspek kehidupan. Firman Allah S.W.T. "Dan (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami berikan kepadanya". (Surah al-Syura ayat 38)
"…dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soalsoal keduniaan itu), apabila telah tetap keazaman maka bertawakallah kepada Allah". (Surah Ali Imran ayat 159)
Mengikut al-Mawardi (1966:43 & 1993:73) terdapat empat pendapat di kalangan ulama tafsir (ahli al-ta’wil) mengenai suruhan amalan syura, iaitu: •Al-Hassan Rasulullah S.A.W. disuruh bermesyuarat dengan mereka (para sahabat) dalam urusan peperangan untuk mendapat pandangan yang bernas (sahih).
•Qatadah Rasulullah S.A.W. bermesyuarat dengan mereka bagi menjalinkan kemesraan serta mengambil hati mereka.
•Al-Dahhak Rasulullah S.A.W. bermesyuarat kerana Allah S.W.T. mengetahui kelebihan serta faedah yang akan didapati.
•Suffian Rasulullah S.A.W. bermesyuarat bertujuan untuk menjadikannya ikutan bagi orang-orang lslam. Walaupun ia sebenarnya tidak memerlukan kepada pandangan mereka.
Nabi Muhammad S.A.W. mengamalkan syura dalam pentadbiran dan pengurusan seperti berbincang mengenai strategi Peperangan Khandak dan tawanan Perang Badar. Baginda tidak membuat keputusan secara bersendirian tetapi lebih gemar mengadakan
perbincangan dengan para sahabat. Baginda juga menerima dengan terbuka pendapat yang dikemukakan oleh sahabat lain yang dirasakan lebih baik daripada pendapat baginda sendiri. Syura mempunyai kelebihan yang mengatasi keputusan atau pemikiran secara individu iaitu keputusan yang diambil lebih baik dan tepat, kesilapan dalam membuat keputusan dapat dielakkan, dapat menggalakkan manusia untuk sentiasa berfikir dalam membuat keputusan, serta kerjasama dan muafakat dalam setiap urusan kehidupan dapat diaplikasi oleh setiap manusia. Al-Quran tidak menggariskan secara terperinci peraturan atau kaedah dan kelayakan untuk anggota majlis tersebut bagi melaksanakan syura. Ini membawa maksud, syura boleh wujud dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Pendapat majoriti adalah keputusan syura. Maka, suara minoriti hendaklah mengikut suara majoriti. Sekiranya kelompok suara kecil masih terus mempersoalkan keputusan yang telah dicapai melalui proses syura secara muafakat, ia dianggap tidak wajar. Rasullullah S.A.W. memperkenalkan sistem syura dengan melakukan berbagaibagai perundingan bersama sahabat yang bijak, pandai, kuat iman, warak dan bersemangat untuk mengembangkan lslam. Majlis penasihat (syura) pada masa itu terdiri daripada kalangan muhajirin dan Ansar. Mesyuarat dijalankan untuk membincangkan terutamanya urusan berkaitan politik, pendidikan dan ketenteraan. Dengan kata lain perbincangan adalah mengenai perkara-perkara teknikal atau mencari kaedah untuk melaksanakan sesuatu urusan/ projek. Keputusan dibuat hanya untuk mencapai dan mencari keredaan Allah S.W.T., sesuai dengan hukum-Nya dan sunnah nabi-Nya. Dari segi keahlian pula berdasarkan keimanan, keilmuan, ketaqwaan, bijak, mahir dan bersemangat untuk membangunkan Islam.
Walaupun Majlis Syura dari segi perlaksanaannya seakan-akan menyamai dengan proses demokrasi ala Barat, namun terdapat perbezaannya, amalan demokrasi Barat menyerahkan kuasa pemutus kepada suara majoriti yang dipilih walaupun suara tersebut bertentangan dengan kehendak Islam. Demokrasi Barat juga memberikan kuasa yang amat luas kepada rakyat untuk menentukan segala keputusan. Ia seolah-olah mendaulatkan rakyat sebagai simbol kekuasaan sedangkan Islam meletakkan Allah S.W.T. sebagai Yang Memiliki Kuasa Yang Tertinggi. Sistem syura dalam Islam tidak sama dengan mesyuarat yang menjadi amalan masa kini. Walaubagaimanapun, syura mempunyai batasan dan limitasi keharusannya iaitu:•Syura tidak seharusnya diadakan untuk membincangkan perkara-perkara yang telah dinaskan secara jelas dan pasti melainkan bagi menentukan cara-cara untuk melaksanakan perkara yang dinaskan tersebut. Contohnya seperti tidak membincangkan untuk melaksanakan atau tidak undang-undang Islam, tetapi diharuskan berbincang tentang pendekatan yang boleh diambil untuk melaksanakan undang-undang tersebut. •Syura tidak boleh diadakan untuk membincangkan perkara yang jelas bertentangan dengan kehendak nas syarak atau boleh membawa kepada dosa dan maksiat. Contohnya seperti tidak boleh mengadakan perbincangan dan perundingan untuk menghalalkan perjudian kerana ia dengan jelas bertentangan dengan nas syarak yang telah mengharamkannya.