Akhlak Cemerlang Negara Terbilang

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Akhlak Cemerlang Negara Terbilang as PDF for free.

More details

  • Words: 742
  • Pages: 3
AKHLAK CEMERLANG NEGARA TERBILANG. Yang dihormati, Tuan Pengersi Majlis,Yang dimuliakan barisan Panel Hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.Berdirinya saya di majlis yang gilang –gemilang ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘AKHLAK CEMERLANG NEGARA TERBILANG’.Allah berfirman, Yang bermaksud :demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu, contoh ikutan yang baik.Menerusi firman tersebut, jelaslah bahawa betapa pentingnya akhlak yang sempurna, sesuai dengan tuntutan agama,adat budaya timur, dan kerukunan hidup masyarakat Malaysia.Akhlak yang cemerlang amat penting kerana akhlak merupakan antara faktor untuk mewujudkan sebuah Negara yang bermaruah.Akhlak yang bagaimanakah yang dikatakan cemerlang?Sudah tentu model yang boleh dijadikan contoh ialah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Oleh hal yang demikian, akhlak berlandaskan agama Islam merupakan yang paling cemerlang dan patut diikuti oleh semua umat Islam. Hadirin yang dihormati sekalian, Bagi memastikan akhlak kita cemerlang,usaha yang paling penting ialah diri kita sendiri.Kita tidak boleh mengharapkan orang lain untuk mengubah diri kita sekiranya kita bersikap negatif..Bagaimanakah caranya untuk berubah dan apakah yang perlu diubah?Saban malam, jika ada kelapangan, berkunjunglah ke surau untuk berjemaah dan mendengar tazkirah. Ceramah yang mengajak kita kearah kebaikan akan menyusup ke gendang telinga kita dan meresap ke dalam jiwa.Selain itu, kita perlulah pandai memilih rakan.Pilih rakan yang mempunyai wawasan hidup.Tetapi, jika kita bersikap acuh, tidak acuh dan mengikut sahaja apa yang dilakukan rakan, akhirnya kita akan terjebak dalam gejala keruntuhan moral, sekaligus mencemarkan maruah sebagai umat Islam.Keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan kecemerlangan belia.Walaupun sibuk dengan kerjaya, tetapi perhatian kepada anak-anak janganlah diabaikan.Masa yang berkualiti perlu diberikan kepada anak masing-masing.Di rumah, jika ada kesempatan,bolehlah solat berjemaah dan makan bersama-sama.Berikan teladan yang baik kepada anak-anak supaya anak-anak tidak keliru dan

mempunyai model yang baik untuk dicontohi.Pada waktu yang sama, ibu bapa perlu mengenalpasti rakan anak-anak mereka.Sikap “bagai melepaskan batuk di tangga”dan menaruh kepercayaan “membabi buta” hendaklah dielakkan.Dengan perhatian, kasih sayang dan model yang diberikan, anak akan berasa dihargai, mempunyai wawasan hidup yang betul dan mereka akan merasakan kehidupan ini begitu indah.

Hadirin yang dimuliakan sekalian,Masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam melahirkan akhlak remaja yang cemerlang.Jika dibuat perbandingan antara masyarakat kampung dengan masyarakat kota, keruntuhan akhlak jelas kelihatan bagi masyarakat kota.Hal ini demikian kerana masyarakat kota bersikap “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing” terhadap apa yang dilakukan oleh jiran tetangga.Bagi masyarakat yang masih mengamalkan corak hidup berlandaskan roh keislaman, sudah pasti akan terjamin hidup mereka dan akan terhindar dari gejala yang tidak baik.Selain itu, masyarakat yang terpuji akan menjadi ikutan, terutamanya kepada remaja yang masih mencari-cari arah hidup mereka.Bagi remaja yng masih bergelar pelajar,sebahagian masa mereka banyak dihabiskan di sekolah.Oleh sebab itu, peranan sekolah dalam melahirkan remaja berakhlak cemerlang tidak perlu disisihkan.Mata pelajaran yang diajar di sekolah, contohnya Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebenarnya menuju kearah remaja yang berakhlak mulia.Selain itu, beberapa mata pelajaran lain seperti Bahasa Malaysia, akan menyisipkan nilai-nilai murni dalam pembelajaran.Pada waktu yang sama menerusi aktiviti ko-kurikulum seperti unit beruniform dan berpersatuan dapat mendedahkan pelajar tentang nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dalam aktiviti seharian.Melalui proses pembelajaran tidak langsung ini, diyakini dapat melahirkan remaja berakhlak mulia dan terpuji.

Hadirin yang dikasihi sekalian,Sebagai masyarakat yang hidup dalam Negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi, kerajaan berusaha untuk memastikan seluruh masyarakat, terutamanya golongan remaja sebagai barisan kepimpinan Negara yang mempunyai akhlak dan jati diri yang mulia .Oleh itu peranan kerajaan diperlukan untuk memastikan rakyat Malaysia yang masih bergelar remaja mempunyai akhlak yang terpuji.Menerusi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah

diadakan kempen ‘Budi Bahasa dan Nilai Murni’.Menerusi kempen tersebut, masyarakat didedahkan dengan nilai-nilai murni yang perlu menjadi amalan.Selain itu kerajaan turut mengawal dan menapis program televisyen yang tidak sesuai dengan norma masyarakat di Malaysia.Secara tuntasnya, “hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih”.Sesuatu umat walau bagaimana hebat kekuatan dan kekayaan yang dimilikinya, akan tetapi jika budi pekertinya telah binasa, maka umat itu akan mudah binasa.Mereka yang tidak mempunyai akhlak, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri mereka.Mereka sanggup berbohong, membuat fitnah,menjual maruah diri dan keluarga, malah dengan tidak segan silu lagi akan menjual agama dan Negara.Jika akhlak mulia dijadikan tunjang dalam menjalani hidup kita, nescaya semua ini tidak akan berlaku.Lalu difikirkan,jika akhlak meresap ke dalam jiwa, adakah Presiden Amerika Syarikat, George W.Bush akan menyerang Iraq dan Palestin akan terus ditindas Israel?Tanpa ragu-ragu, kita hendaklah berusaha menyemai akhlak yang mulia agar dapat melahirkan Negara yang maju dan matang melalui pemimpin yang berakhlak terpuji lagi dihormati. Akhir kata terimalah serangkap pantun dari saya: JIKA TUAN PERGI KE DARATAN, CARIKAN SAYA LIMAU PURUT ,CERITA YANG BAIK JADI IKUTAN, JIKALAU SALAH JANGAN DITURUT.Sekian, terima kasih.

Related Documents

Terbilang
November 2019 22
Terbilang
December 2019 17
Cemerlang
October 2019 54
Akhlak
June 2020 30