Air merupakan sumber semula jadi kedua terpenting selepas oksigen. Manusia dan organisma lain di muka bumi tidak dapat meneruskan hidup tanpa oksigen. Begitu juga air. Manusia dan makhluk yang mendiami bumi tidak mampu meneruskan hidup tanpa air. Haiwan memerlukan air untuk pencernaan, pergerakan sisa keluar dari tubuh badan dan untuk pergerakan darah yang lebih efisyen. Tisu badan manusia juga dipenuhi oleh air. Tanpa air, badan akan kering dan kemampuan untuk melakukan sesuatu aktiviti adalah terbatas. Air mempunyai pelbagai cabang fungsi. Air berfungsi untuk tujuan domestik, sebagai contoh, membasuh pakaian, air minuman yang bersih dan sebagainya. Air juga penting untuk industri pembuatan, pertanian, dan juga untuk penternakan. Menurut kajian, jumlah keseluruhan air di bumi adalah sebanyak 97.2% permukaan bumi air masin. 2.1% air tawar, 0.64% air bumi iaitu air mata air, 0.0085% air tasik dan sungai. 0.00015% kembali ke atmosfera dan biosfera. Di Malaysia, statistik menunjukkan peningkatan sebanyak 12% setahun daripada permintaan sumber bekalan air untuk kegunaan utama seperti pertanian, domestik dan industri. Ini jelas mempamerkan keperluan terhadap air dimana ia meningkat dari setahun ke setahun. Permintaan yang semakin meningkat adalah membimbangkan. Kita tidak ingin krisis air pada tahun 1992 dan 1997 di Melaka dan Selangor berulang lagi.Seboleh-bolehnya kita tidak ingin pisang berbuah dua kali. Sememangnya ia merupakan satu pengajaran besar buat semua. Namun ia belum cukup untuk memberi kesedaran dek sikap ego manusia. Di Malaysia, angka anggaran bagi punca pencemaran air pada tahun 2005 dianggarkan sebanyak 13540 merangkumi loji rawatan air sisa industri berasaskan pertanian, industri pembuatan dan juga ladang ternakan. 52.6% punca pencemaran adalah hasil daripada loji kumbahan air sisa penduduk. Frasa ‘pencemaran air’ bermaksud apabila komposisinya berubah daripada keadaan semula jadinya, atau keadaan dimana air menjadi kurang sesuai untuk kegunaan manusia dan haiwan. Perubahan tersebut adalah dari segi fizikal, kimia dan biologi. Bahan-bahan asing atau bendasing yang terdapat dalam air yang tercemar boleh menyebabkan kacau ganggu atau menjadikan air berbahaya kepada
domestik, komersial, industri, pertanian, rekreasi, penternakan, haiwan, dan juga hidupan akuatik dan marin. Di sana sini hangat memperkatakan tentang pencemaran air yang semakin memamah kehidupan seharian seiring dengan pelbagai jenis pencemaran yang lain. Kita skopkan lagi isu serius ini kepada pencemaran air. Apakah punca-punca berlakunya pencemaran air ini? Siapa yang sebenarnya bertanggungjawab? Persoalan-persoalan ini semakin hari,semakin membingungkan dan membimbangkan. Kita sering menuding jari kepada pihak-pihak lain, tanpa kita sedari, kita juga sedikit sebanyak menyumbang kepada pencemaran air. Pencemaran berlaku sama ada secara tidak sengaja ataupun secara sengaja. Pencemaran secara sengaja dapat kita lihat di dada-dada akhbar, berita dan lain-lain. Kes-kes seperti pembuangan sisa-sisa toksik dari kilang, pengaliran najis-najis dari ladang ternakan babi,pembuangan sampah, dan beberapa kes lain yang mengundang kepada pencemaran air. Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai ladang babi di Kelantan yang mengalirkan najis dan sisa kumbahan ke dalam sungai. Ini jelas menunjukkan sikap acuh tak acuh pengusaha dalam meyediakan sistem kumbahan yang sempurna. Akibat daripada itu,satu lagi punca air tercemar. Pencemaran secara tidak sengaja adalah seperti tumpahan minyak di laut, banjir dan sebagainya. Ini secara langsung memyebabkan banyak sungai akan tercemar, dan tidak mustahil suatu masa nanti, sudah tiada lagi punca air bersih di negara ini. Satu lagi faktor berlakunya pencemaran air adalah kerana penggunaan baja organik dan baja kimia. Baja organik menyebabkan ‘eutrofikasi’ iaitu proses yang menghasilkan begitu banyak nutrien atau alga hijau masuk ke dalam tasik, misalnya kumbahan atau air larian daripada kawasan yang ditabur baja organik, menyebabkan haiwan akuatik misalnya ikan akan turut mati akibat kekurangan oksigen.manakala baja kimia memyebabkan sungai dan tasik mengandungi kimia yang berbahaya kepada manusia dan haiwan serta tidak selamat untuk digunakan.
Sesungguhnya, pencemaran air meninggalkan pelbagai implikasi negatif. Daripada faktor-faktor di atas, dapatlah kita bayangkan kesan buruk yang terpaksa ditanggung oleh makhluk-makhluk bumi. Kita skopkan implikasi buruk ke atas kesihatan. Terdapat 3 kategori kesan-kesan buruk ke atas kesihatan. Pertama, egen biologi yang boleh mempengaruhi manusia melalui meminum air yang tercemar. Kedua, melalui sentuhan dengan air yang telah tercemar teruk. Ketiga, secara tidak langsung, melalui vektor atau pembawa seperti serangga, bakteria, virus, parasit, patogen dan lain-lain. Pembawa seperti nyamuk aedes membawa penyakit aedes membiak di kawasan takungan sampah-sampah yang di buang ke dalam sungai. Begitu juga penyakit taun yang di bawa oleh tikus dan lalat. Akibat daripada itu,penyakit-penyayakit serius mudah merebak. Pencemaran kimia dan radioaktif berlaku daripada pembuangan sisa industri seperti nitrat, florida, arsenik, mekuri(raksa) dan plumbum. Akibat daripada pembuangan sisa radioktif ini, boleh menjejaskan kesihatan kandungan anak dan juga kondisi bayi. Anak yang lahir akan terdedah kepada penyakit dan juga boleh menyebabkan kecatatan jika si ibu meminum air yang telah dicemari oleh sisa buangan industri.Kadar florida yang tinggi akan menjejaskan kesihatan dan keadaan gigi dan gusi. Arsenik adalah kandungan yang terdapat di dalam racun tikus dan boleh menyebabkan kematian. Mekuri atau lebih dikenali sebagai raksa boleh menyebabkan penyakit minamata. Plumbum pula boleh menyebabkan keracunan cadmium. Itu hanya kesan daripada segi kelebihan komposisi kimia. Secara globalnya, pencemaran air menyebabkan pelbagai kerosakkan dan kekurangan seperti kemusnahan habitat akuatik, kehilangan punca air mentah, kerosakan tanaman dan memandangkan industri pelancongan negara ini adalah sebahagian daripada sektor penyumbang ekonomi negara,pencemaran akan meyebabkan industri pelancong kurang mendapat sambutan dek pencemaran dan kadar keindahan yang berada di tahap yang rendah. Daripada kesan-kesan akibat daripada pencemaran air ini, tidakkah kita sedar betapa rakusnya kita sebagai makhluk yang ‘meminjam’ bumi ini? Bumi ini bukan milik kita buat selamanya. Langkahlangkah yang sewajarnya harus diambil secepat mungkin agar pencemaran air ini tidak melarat. Kita tidak mahu generasi kita yang akan datang malu kerana sikap generasi yang sebelumnya yang berfikiran
pendek dan tidak rasional memamah alam. Aktiviti pemantauan daripada Jabatan Sungai dan Alam Sekitar haruslah di giatkan disamping mengenakan denda dan hukuman yang setimpal serta diadili di bawah undang-undang negara bagi mereka yang membuat pencemaran air. Di samping itu, kempenkempen dan pengedaran pamplet-pamplet mengenai kepentingan sungai juga boleh di laksanakan supaya dapat memberi kesedaran mengenari bilangan sungai yang telah tercemar dan juga sungai yang belum tercemar. Tuntasnya disini ialah,air merupakan medium yang sangat penting bagi setiap makhluk di dalam bumi ini.Pencemaran yang berlaku adalah kerana sikap manusia yang kian mementingkan diri tanpa memikirkan anugerah daripada Tuhan. Kita tidak sedar, bangga menuding jari kepada yang lain, sedangkan kitalah yang bertanggungjawab menjaga khazanah alam ini. Kita bersama-sama mesti menjaga,memelihara dan memulihara sungai dan punca air di negara ini. Kearah sungai tercemar sifar!!!!