Thursday, May 29, 2008 TAZKIRAH AKHLAK ISLAMIYYAH ADAB MELAYAN TETAMU Siapakah tetamu? Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak. Dalam Islam adalah dituntut untuk melayan tetamu yang menghadirkan diri ke rumah kita dengan layanan yang paling baik. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan member layanan kepadanya. Sahabat bertanya, “Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “ Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah.” Muttafaqun ‘Alaihi Oleh yang demikian, adalah wajib bagi umat Islam melayan tetamu yang hadir ke rumah kita. Apa ada terhadap tetamu? Ada beberapa adab dengan tetamu kita. Antaranya ialah; 1. Memberikan layanan yang baik Kita perlu menyambut tetamu dengan muka yang manis, berjabat tangan dan jangan lupa kita tanyalah khabar tetamu tu. Janganlah jadi kera sumbang pula dengan buat tidak tahu sahaja apabila tetamu hadir. Ada juga di antara kita yang tidakmahu buka pintu pagar memberikan izin tetamu masuk dengan alas an, menyibuk sahaja. Jangan begitu, tapi berilah layanan yang paling baik yang termampu bagi kita. 2. Menyediakan jamuan yang termampu Jamuan, satu kemestian bagi orang-orang tua zaman dulu, jika ada orang dating layanannya memang kelas pertama. Sama juga dalam tuntutan Islam, sediakan jamuan tapi ikutlah kemampuan kita. Jangan menjamu selera secara membazir dengan menggunakan di luar kemampuan kita. Itu yang dilarang dalam Islam. Ingat sediakan yang termampu, kalau air bujang sahaja yang termampu, maka sediakanlah ikut kemampuan. Nabi pesan kepada kita, hendaklah kita makan bersama-sama dengan tetamu kerana tetamu segan makan bersendirian. Jadi selaku tuan rumah janganlah biar tetamu makan seorang diri. 3. Menunjukkan muka yang manis. Ingat, jangan buat muka yang tidak disenangi oleh tetamu yang hadir. Walaupun dalam keadaan penat, maniskan muka semampu boleh agar
tidak timbul fitnah di belakang kita pula. Jangan sombong dengan tetamu, pilih topic yang sesuai dengan tetamu kita. Ajak berbual, selepas itu jangan pula tetamu Tanya 10 patah perkataan, kita jawab 1 perkataan je. Tidak boleh sama sekali. Kenapa Islam menggesa melayan tetamu? Banyak kelebihannya, antaranya kita akan lebih murah rezaki dan akan ditambah keberkatan daripada Allah S.W.T Dengan jamuan yang diberikan sebenarnya rezeki kita itu akan dibayar berganda dengan Allah asalkan pemberian kita itu ikhlas. Allah juga akan memberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda kerana kesungguhan kita melayan tetamu. Apa lagi yang diperoleh? Hubungan silaturrahim akan bertambah erat dan semakin kukuh. Lebih kenal-mengenali antara satu sama lain dan memudahkan urusan kerjasama antara satu sama lain. Bila kita susah, ramai yang akan membantu, bila kawan kita susah jangan buat tidak tahu. Salah di sisi Islam. APA PULA PERANAN KITA SEBAGAI TETAMU? Jagalah adab-adab berikut: 1. Mengunjungi rumah kawan pada waktu yang sesuai. Elakkan dating pada waktu makan, waktu tuan rumah berehat dan jangan duduk terlalu lama sangat hingga mengganggu masa peribadi tuan rumah yang kita kunjungi. 2. Berilah salam sebelum masuk ke rumah. 3. Masuk ke rumah setelah dijemput. Jangan selamba sahaja masuk tanpa dijemput oleh tuan rumah. Salah. 4. Elakkan rambang mata dalam rumah. Lihat jenama TV, jenama sofa, jenama peti ais, jenama kasut, hatta ada yang buka almari melihat jenama pakaian pun ada. Jangan buat begitu. Salah. Kalau ada niat nak melihat apa yang menarik di rumah yang kita ziarah tu, minta izin dahulu. Yang itu betul. 5. Makan makanan yang disediakan tanpa membuat ulasan yang tidak elok. 6. Jangan tunggu di hadapan pintu rumah, tapi berdirilah di tepi pintu atau di tepi dinding yang berhampiran pintu. Tujuannya, mungkin tuan rumah malu dengan pakaiannya atau ada aurat yang terdedah ataupun rumah berselerak. Tunggu dengan sabar, kerana kita adalah tetamu.
Ucapkanlah terima kasih dengan layanan tuan rumah tersebut dan salam mereka (yang dibenarkan syarak) sebelum berangkat pulang. Ingatlah, adab melayan tetamu perlu dihayati agar hubungan terus harmoni. Ingat akhlak kita sebagai tetamu supaya tuan rumah tidak jelek dengan karenah kita. Islam menggesa supaya kita mengeratkan silaturrahim tapi jangan lupa dengan adabnya.