KELAB PENCEGAHAN JENAYAH KELAB RUKUN NEGARA SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TIRAM 1. Tajuk: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BANDAR TAIPING, PERAK. 2. Pendahuluan: 2.1
Lawatan sambil belajar ke Bandar Taiping, Perak ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid SKST tentang sejarah bandar-bandar yang terdapat di Malaysia.
2.2
Memberi peluang kepada peserta rombongan untuk mengenali serta merasai pengalaman sebenar tentang tempat-tempat bersejarah yang terdapat di sekitar Bandar Taiping dan bukan hanya mempercayai fakta atau coretan yang terdapat di dalam buku pendidikan dan media cetak.
2.3
Mendedahkan tradisi dan budaya masyarakat setempat kepada peserta rombangan supaya dapat membina jati diri yang cemerlang dan mampu menimbulkan perasaan yakin diri dalam diri peserta rombongan.
2.4
Mempertingkatkan lagi dan menghargai keupayaan murid dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS).
3. Matlamat dan Objektif: 3.1
Menjadikan kecemerlangan sejarah, budaya serta tradisi masyarakat Malaysia yang unik sebagai salah satu saluran ke arah mewujudkan budaya perpaduan yang mampan di kalangan peserta rombongan.
3.2
Memperkukuhkan rasa kerjasama, yakin diri pada kemampuan sendiri serta meningkatkan keteguhan perasaan setiakawan dan menghargai pengorbanan tokoh-tokoh sejarah.
3.3
Merangsang pembabitan murid di dalam kegiatan kokurikulum dengan lebih agresif.
3.4
Menghargai kebolehan dan keupayaan murid dalam mengaplikasikan pengetahuan sejarah setempat sebagai satu cabang untuk mewujudkan kefahaman tentang budaya yang ada di Malaysia.
3.5
Melahirkan murid yang lebih berpotensi serta seimbang di dalam bidang kokurikulum yang berlandaskan kecergasan fizikal dan kurikulum yang berpasak kepada kegemilangan mental.
4. Tentatif Program: 4.1
Aturcara Program: Hari Pertama - 04 Mei 2012 (Jumaat) 0700 pagi
Berkumpul di sekolah.
0800 pagi
Bertolak ke Stesen Keretapi JB Sentral dengan bas.
0900 pagi
Bertolak ke Taiping menaiki keretapi. -
Pengenalan kepada kawasan-kawasan yang akan dilawati sepanjang perjalanan.
0600 petang
Tiba di Taiping – Lawatan Stesen Keretapi Taiping. -
Merupakan Stesen Keretapi Pertama di Malaysia yang dibina pada tahun 1882.
0700 petang
Bertolak ke tempat penginapan Puspanita Homestay.
0800 malam
Solat dan makan malam.
0930 malam
Program Cerdas Minda.
-
Menguji kepintaran peserta dalam mengingati tempattempat yang telah dilalui di sepanjang perjalanan.
1000 malam
Rehat / Tidur.
Hari Kedua – 05 Mei 2012 (Sabtu) 0730 pagi
Sarapan.
0830 pagi
Lawatan ke Taman Tasik Taiping.
-
Kawasan perlombongan bijih timah yang tertua di Malaysia yang berukuran 62 hektar. Telah dibuka pada tahun 1880.
0930 pagi
Lawatan ke zoo yang tertua dan menjadi zoo awam pertama di Malaysia iaitu Zoo Taiping.
-
Ia merupakan tempat habitat bagi 1300 binatang dengan 180 spesis binatang.
1100 pagi
Lawatan ke Penjara Taiping.
1200 t/hari
Menuju ke kawasan rekreasi tanah tinggi Perak; Bukit Larut. Program Cerdik Akal.
-
Menguji kecerdikan peserta dalam mengingati fakta-fakta tempat yang telah dilawati.
0115 petang
Makan tengahari dan solat.
0200 petang
Bertolak ke Muzium Perak.
-
Muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883.
0400 petang
Lawatan ke Kuala Sepetang untuk melihat kawasan paya bakau.
0600 petang
Pulang ke tempat penginapan.
0700 malam
Solat dan makan malam.
0930 malam
Aktiviti Kumpulan.
1000 malam
Rehat / Tidur.
Hari Ketiga – 06 Mei 2012 (Ahad) 0730 pagi
Sarapan.
0830 pagi
Menuju ke Stesen Keretapi Taiping dan bertolak pulang ke Johor Bahru.
0630 petang
Tiba di JB Sentral.
0730 petang
Dijangka tiba di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram.
5. Sasaran Peserta Rombongan: 5.1
Penyertaan terbuka kepada semua murid tahun 3 sehingga 6 Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram yang berminat menyertai rombongan ini. Namun penyertaan hanya terhad kepada 34 orang sahaja dengan diiringi 6 orang guru pembimbing.
6. Sumber Kewangan: 6.1
Butiran Sumber Kewangan: i)
*Peruntukan Ko-Kurikulum
= RM 300.00
ii)
*Sumbangan PIBG
= RM 300.00
iii)
Kutipan Bayaran Penyertaan
= RM 6000.00
(40 orang x RM 150.00) iv)
*Sumbangan JKKK Sg. Tiram
= RM 300.00
JUMLAH
=RM
6900.00 Butiran Anggaran Perbelanjaan :
i)
Sewa bas - pergi & balik (dari SKST – JB Sentral)
ii)
Sewa bas – sepanjang lawatan di Taiping
iii)
Bayaran masuk (40 orang x RM 16.00)
= RM 640.00
iv)
Tambang keretapi – pergi & balik (JB ke Taiping)
= RM 2700.00
v)
Makan & minum
vi)
6900.00
= RM 520.00 = RM 1000.00
Sarapan - (40 orang x RM 3.00 x 2 hari)
= RM 240.00
Makan tengahari - (40 orang x RM 5.00 x 2 hari)
= RM 400.00
Makan malam - (40 orang x RM 5.00 x 2 hari)
= RM 400.00
Penginapan untuk 3 hari 2 malam
= RM 1000.00
JUMLAH
=
RM
Catatan * Anggaran awal sumbangan yang akan diperolehi
7. Guru Pengiring: 7.1
Encik Mohd Tarmizi bin Kamarudin (Ketua Rombongan) No. K/P: Alamat: Batu 17 Jln Sg Tiram, Kg Sg Tiram 81800 Ulu Tiram, Johor.
7.2
Encik Ahmad Faizal bin Shamsudin No K/P: Alamat: No 27 Jln Bestari 49/2, Tmn Bestari Indah 81800 Ulu Tiram, Johor.
7.3
Cik Nur Kartini binti Razak No. K/P: Alamat: No 591 A Jln Sg Tiram, 81800 Ulu Tiram
7.4
Puan Salina binti Musa No K/P: Alamat: No 4 Jln Soga 8, Taman Bukit Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor.
7.5
Encik Mohd Zuhairi bin Zainawi No. K/P: Alamat: Batu 16 Kg Mulia Sg Tiram 81800 Ulu Tiram, Johor.
7.6
Encik Sarozi bin Abu Bakar No K/P: Alamat: Lot 1357-20 Jln Ponorogo 81800 Ulu Tiram, Johor.
Disediakan oleh
Disemak oleh
……………………….................. Nur Kartini binti Razak Guru Pembimbing Kelab Rukun Negara SK Sungai Tiram
……………………………...... Sarimah binti Md. Ali GPK KoKurikulum SK Sungai Tiram
Pasir Gudang, Johor
Pasir Gudang, Johor