SYARAT-SYARAT ASAS KELAYAKAN FAEDAH PENDIDIKAN PERKESO Pemohon hendaklah seorang Pelajar yang memenuhi syarat-syarat berikut :-
1) Anak Tanggungan kepada Orang Berinsurans yang sedang menerima:a) Faedah Orang Tanggungan atau Pencen Penakat; atau b) Pencen Ilat atau Hilang Upaya Kekal secara berkala.
2) Belum Berkahwin; 3) Belum mencapai umur 21 tahun semasa permohonannya diterima oleh PERKESO;
4) Telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan di peringkat Ijazah, Diploma atau Sijil. IPTS yang diikuti juga hendaklah telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Swasta (JPS), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kursus yang diluluskan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA). 5) Tempoh pengajian kursus peringkat Sijil hendaklah sekurang-kurangnya 1 tahun dan mendapat pentauliahan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), Kementerian Sumber Manusia; 6) Pengajian hendaklah keseluruhannya di dalam Malaysia dan bersifat sepenuh masa; 7) Tidak mendapat tajaan biasiswa/pinjaman atau bantuan penuh pelajaran dari agensi lain; 8) Kewangan keluarga tidak dapat menampung perbelanjaan pengajiannya. 9) Memenuhi syarat-syarat kelulusan akademik yang ditetapkan oleh PERKESO seperti di lampiran 1. PERHATIAN : 1.
Orang-orang yang berikut adalah TIDAK LAYAK memohon pinjaman ini:a) Pelajar sekolah rendah atau menengah; b) Adik beradik Orang Berinsurans yang sedang menerima faedah PERKESO; c) Pelajar peringkat matrikulasi/pra diploma/foundation atau sarjana.
2.
Pelajar adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan IPTS dan kursus yang diikuti telah mendapat kelulusan Jabatan - Jabatan yang berkenaan.
3.
Caj Perkhidmatan 2% setahun dikenakan bagi pinjaman ini.
4.
Yuran pengajian bagi pinjaman ini adalah TERHAD kepada RM100,000.00 sahaja
5.
Pelajar perlu mengambil insurans yang menjadi sebahagian daripada pinjamannya (Urusan pengambilan Insurans akan diuruskan oleh PERKESO)
6.
PEMOHON HENDAKLAH MENDAPATKAN PENJAMIN SELEPAS PINJAMAN DILULUSKAN YANG MEMENUHI SYARAT-SYARAT BERIKUT : a) Bagi pinjaman yang berjumlah di bawah RM100,000.00, DUA ORANG PENJAMIN dengan syarat gaji atau jumlah pendapatan bulanan tidak kurang daripada RM1000.00 seorang. b) Bagi pinjaman yang berjumlah RM100,000.00, TIGA ORANG PENJAMIN dengan syarat gaji atau jumlah pendapatan bulanan Penjamin tidak kurang daripada RM1,500.00 seorang. c) Syarat umur bagi seseorang Penjamin adalah tertakluk kepada jumlah pinjaman dan tempoh pembayaran balik pinjaman seperti di Lampiran 2. (penerangan lanjut akan diberikan selepas pinjaman pemohon diluluskan)
7.
PINJAMAN INI PERLU DIBAYAR BALIK MENGIKUT JADUAL YANG DITETAPKAN.