5.3 Teori Gestalt - Kaedah Penemuan

  • Uploaded by: zaim
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 5.3 Teori Gestalt - Kaedah Penemuan as PDF for free.

More details

  • Words: 966
  • Pages: 14
PENGENALAN Diperkenalkan oleh tiga ahli psikologi Jerman iaitu Wolfgong Kohler (1887-1941), Max Wertheimer(1880-1943) dan Kurt Koffa (1886-1941). Teori Gestalt yang berasal dari perkataan Jerman yang ditakrifkan sebagai bentuk ,pola, atau konfigurasi. Ahli-ahli psikologi Gestalt menyatakan kita mengamati unit sensasi secara keseluruhan dan bukan bahagian demi bahagian . Contohnya , kita condong melihat bentuk ‘bulat’ ataupun ‘empat segi’ walaupun beberapa bahagian dalam bentuk tidak wujud.

KONSEP PEMBELAJARAN KOHLER. • Teori ini mengemukakan prinsip lengkapan yang bererti manusia menyusun persepsi mereka supaya apa yang dilihat menjadi mudah dan logik

Imej mental • Eksperimen ini sukar dibina untuk mengkaji pemikiran dan pentaakulan kerana ianya tidak dapat dilihat secara langsung. • Tetapi Wolfgang Kohler berjaya dalam mereka eksperimen ini untuk mengkaji elemen kognitif dalam pembelajaran.

Kohler dengan Eksperimennya. Antara beberapa eksperimennya ialah cuba mengemukakan pelbagai masalah dengan menggunakan beruk . Dalam eksperimennya (1917) , beliau meletakkan sebiji pisang di luar sangkar beruk itu. Untuk mendapatkan pisang beruk itu terpaksa menggunakan sebatang kayu yang diletakkan di luar sangkar itu. 

Beruk itu tidak dapat menyelesaikan masalahnya melalui ’Cuba jaya’ tetapi kelihatan sedang berfikir sementara.



Selepas itu dengan tiba –tiba (celik akal), beruk itu mencapai sebatang kayu dan mengambil pisang itu.

Kohler dengan Eksperimennya. 

Kohler juga telah menjalankan eksperimennya dengan menggunakan seekor Cimpanzi (Sultan) dengan meletakkan dua batang buluh berlainan saiz diletakkan diluar sangkar bersama dengan sebiji pisang tetapi tidak dapat dikait hanya menggunakan satu batang buluh sahaja.



Sultan mula bermain dengan buluh – buluh itu dan kelihatan seperti berfikir tentang masalah itu.



Tiba- tiba , pada suatu hari, Sultan bangun dan memasukkan sebatang buluh ke dalam lubang buluh yang agak besar dan menjadikan buluh itu menjadi panjang serta seterusnya mengait pisang yang berada diluar sangkar itu.

Hubungan konsep Kohler dalam pembelajaran Kohler percaya bahawa pembelajaran melibatkan lebih daripada perkataan antara rangsangan dan gerak balas dalam penyelesaian masalah kompleks. 

Beliau menjalankan eksperimen dan mengkaji peranan celik akal dalam pembelajaran.



Celik akal merupakan pemahaman yang datang dengan tiba – tiba apabila seseorang itu sedang menyelesaikan masalah.



Celik akal bergantung kepada pengalaman atau pembelajaran yang sedia ada bagi membolehkan seseorang itu dapat menyusun semula struktur fikirannya apabila sedang menyelesaikan masalah.

Kesimpulan dari eksperimen Kohler 

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Kohler, didapati umumnya: Organisma yang lebih cerdas mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk mendapat celik akal,dan organisma seperti ini jugalah yang berupaya untuk menguasai pembelajaran yang lebih kompleks. Organisma yang lebih berpengalaman mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk mendapat celik akal berbanding yang kurang berpengalaman. Sesetengah susunan eksperimen lebih sesuai untuk menghasilkan celik akal daripada yang lain. Justeru itu semua alat yang terlibat dalam penyelasaian masalah hendaklah berada dalam ruang organisma.

Max Wertheimer dengan konsepnya. Konsep atau idea yang dikemukakan oleh Max Wertheimer ialah berdasarkan gambar dua muka ataupun pasu bunga dengan menggunakan cahaya lampu. Wertheimer menekankan keseluruhan itu lebih penting daripada bahagian – bahagian yang menjadikannya, kerana mlelalui keseluruhan dapat dilihat makna dan pertalian yang dinamik di antara bahagian– bahagian . Ianya dapat mengukuhkan lagi dengan kajiaannya mengenai pergerakan. Beliau mendapati bahawa cahaya lampu boleh kelihatan bergerak jika mentol – mentol yang terletak berdekatan secara tersusun it diuka dan ditutup secara bergilir- gilir atau menurut urutan tertentu. Contohnya ialah lampu – lampu

Hubungan konsep Wertheimer dengan pembelajaran

Walaupun Wertheimer yang mempelopori konsep gestalt dan kepentingannya tetapi yang berjaya menggunakan idea itu dalam pembelajaran ialah Kohler dan Koffka. Wertheimer menekankan betapa pentingnya keseluruhan untuk mendapat makna atau fungsi yang tepat. Wujudnya prinsip Pragnaz berkait rapat dengan persepsi Di dalam persepsi terdapat suatu kecederungan untuk melihat sesuatu itu sebagai Gestalt yang baik,yakni mempunyai ciri-ciri perimbangan , keseragaman dan kestabilan Beliau menekankan keseluruhan lebih penting daripada bahagianbahagian yang menjadikannya. Kerana hanya melalui keseluruhan dapat dilihat makna dan pertalian yang dinamik di antara bahagian-bahagian tadi.

HUKUM PRAGNANZ 1.

Hukum kedekatan Ia merupakan hukum di mana objek yang terletak berdekatan di antara satu sama lain sering dilihat tergolong ke dalam golongan yang sama. Contohnya ,detik bunyi kedengaran berdekatan dianggap tergolong dalam golongan yang sama. Manakala detik bunyi yang berjauhan tergolong ke dalam golongan yang berasingan. 

Prinsip ini digunakan di dalam Morse code

HUKUM PRAGNANZ 2 .Hukum Keserupaan 

Hukum ini menegaskan objek, keadaan atau ciri yang serupa digolongkan ke dalam golongan yang sama.



Contoh: tiga titik yang serupa dianggap tergolong dalam satu golongan. Manakala tiga biji titik lain yang besar di anggap dalam golongan yang sama.



Hukum ini terdapat di dalam cara seseorang melihat sesuatu keadaan, situasi , ciri dan sebagainya.

HUKUM PRAGNANZ 3.Hukum Tutupan 

Hukum tutupan menyatakan bahawa garisan-garisan yang tertutup lebih mudah digolongkan sebagai satu golongan daripada garisan-sarisan yang tidak bertutup.



Kalau di atas garisan – garisan yang berkaitan di katakan tergolong dalam satu golongan , kini dengan menambah satu bahagian kepada garisan yang berjauhan sehingga kelihatan tertutup.



Di sinilah letaknya hukum tutupan yang menyatakan bahawa garisan yang tertutup lebih mudah digolongkan sebagai satu golongan daripada garisan yang tidak tertutup.

HUKUM PRAGNANZ 4. Hukum kesinambungan Hukum ini adalah hukum yang terakhir yang diutarakan oleh Wertheimer dan di ambil alih oleh Koffka. Di dalam melihat satu persepsi , terdapat suatu kecenderungan untuk meneruskan sesuatu keadaan itu. Contohnya, kita melihat garisan lurus dan pendek , acapkali kita akan melihatnya sebagai garisan lurus yang berterusan. Begitu juga dengan garisan lengkung yang menyerupai bentuk bulatan Dengan ini dapat dirumuskan walaupun memang boleh membuat bentuk lain, tetapi di dalam persepsi , kecenderungan seperti ini memamg wujud.

IMPLIKASI TEORI GESTALT DALAM BILIK DARJAH • Guru boleh menggunakan teori ini dalam mengenalpasti

personaliti pelajarnya • Dalam pembelajaran bahan yang hendak disampaikan hendaklah dirancang dan disusun dengan sempurna sebelum disampaikan kepada pelajar. • Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bebas supaya pelajar dapat menggunakan kaedah cuba- jaya • Guru harus memfokus kepada proses struktur dan fungsi mental .Ini kerana menurut ahli psikologi kognitif,penstrukturan mental dapat membentuk tingkah laku pelajar.

Related Documents

Teori Gestalt
June 2020 14
Teori Gestalt
October 2019 25
Gestalt
June 2020 17
Gestalt
November 2019 26

More Documents from ""