Isi Kandungan
1.0
Pendahuluan ......................................................................................................... 2
2.0
Konsep Waqi’iyah .................................................................................................. 2
2.1
Ibadah Waqi’iyah ................................................................................................ 3
2.2
Akhlak Waqi’iyah ................................................................................................ 4
2.3
Syariah Waqi’iyah .............................................................................................. 6
2.4
Akidah Waqi’iyah ................................................................................................ 7
3.0
Kesimpulan............................................................................................................ 7
5.0
Rujukan ................................................................................................................. 9
1
1.0
Pendahuluan
Mensyukuri nikmat yang diturunkan oleh Allah S.W.T adalah satu kemestian. Akan tetapi, jika seseorang hamba itu tidak menyedari sebuah nikmat yang telah diperoleh, bagaimanakah sesesorang itu sedar dan mensyukuri nikmat tersebut? Tedapat nikmat yang dipandang enteng oleh umat manusia iaitu nikmat kesempurnaan Islam. Allah S.W.T telah menjadikan agama Islam ini sebagai agama yang sempurna. Kesempurnaan tersebut adalah nikmat yang paling agung yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada umat manusia. Firman “Pada Allah hari iniS.W.T: telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepada kamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Surah Al-Maidah: 3)
Kesempurnaan Islam juga jelas dari aspek insan (manusia) sendiri yang mana ia menekankan aspek hubungan sesama manusia. Islam tidak pernah membezakan manusia mengikut darjat seseorang, jantina, bangsa, etnik, warna kulit, harta, pengaruh dan sebagainya. Malah, Islam amat menggalakkan kita saling berta’ruf (kenal-mengenali), bermasyarakat dan bergaul antara satu sama lain dalam batasan syariat Islam yang ditetapkan. Tujuan kita saling kenal-mengenali antara satu sama lain tersebut tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana Allah SWT dan mendapatkan keredhaanNya
2.0
Konsep Waqi’iyah Sebagai agama yang sempurna, Islam mengatur sendi-sendi kehidupan kita
daripada etika pergaulan, pernikahan, hukum berniaga dan perdagangan, kehidupan berjiran, hukum kenegaraan sehinggalah kepada masalah yang dianggap remeh oleh segelintir manusia seperti adab makan, tidur dan sebagainya. Maka, di sinilah wujudnya perkara seperti Waqi’iyah, Rabbaniyah, Syumuliyah, Inqilabiyah dan sebagainya. Namun begitu, kali ini saya memfokuskan kepada satu perkara sahaja iaitu Waqi’iyah. Waqi’iyah bermaksud ajaran Islam bersifat praktikal dan realistik iaitu bersesuaian dengan realiti kehidupan manusia. Ajaran Islam sentiasa seiring dengan kenyataan hidup manusia. Seterusnya, dalam menetapkan sesuatu hukum atau peraturan, Islam sentiasa 2
mengambil kira realiti semasa, setempat dan adat yang diamalkan. Umpamanya, jika sesuatu masyarakat telah mengamalkan sesuatu adat atau budaya tertentu dalam menjalankan aktiviti ekonomi atau perniagaan antara mereka, dan adat itu pula tidak mendatangkan sebarang keburukan dan tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam, maka ia diiktiraf dan diterima dalam Islam. Ini bermakna Islam tidak memaksa umat untuk melakukan perkara yang di luar kemampuan mereka pada ketika itu. Sebaliknya, Islam menyediakan jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi dalam sesuatu keadaan secara realistik dan praktikal.
2.1
Ibadah Waqi’iyah Ibadah antara perkara yang paling penting dalam Islam. Sebagai umat yang
beragama Islam, kita wajib mengikuti segala perkara yang telah digariskan di dalam aspek ibadah. Sebagai contoh, 5 rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh umat Islam. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang membolehkan atau memudahkan umat Islam untuk menunaikan perkara terdsebut. Maka, Islam telah menyediakan Waqi’iyah dalam ibadah Islam. Selain itu, dalam memerintahkan ketaatan manusia kepada hukumhukumnya, Islam tidak membebankan manusia dengan perkara yang tidak realistik sehingga manusia tidak mampu menunaikannya. Misalnya, dalam konteks ibadah, Islam tidak memerintahkan manusia untuk beribadat sepanjang masa sehingga mengabaikan kerja-kerja harian untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Malah, kerja-kerja harian ini jika dilakukan dengan betul dan memenuhi syaratsyaratnya, turut dianggap sebagai ibadat dan pelakunya diberi pahala yang banyak. Kemudian, ajaran Islam bersifat praktikal dan bukanlah utopia (khayalan). Maka Islam mengambil kira kenyataan sebenar kehidupan manusia di dunia ini yang dipenuhi dengan unsur-unsur amal makruf nahi mungkar. Dalam masa yang sama juga membuat pertimbangan terhadap kekuatan dan kelemahan manusia secara adil bersandarkan sumber Islam iaitu al-Quran, hadis, Ijmak, qias ulama’. Justeru, itulah ajaran Islam adalah lebih praktikal dan benar serta sesuai diamalkan dalam kehidupan seharian. Contohnya kefardhuan ibadah zakat hanya diwajibkan ke atas orang yang mempunyai harta dan kemampuan sahaja. Bagi mereka yang fakir miskin tidak dipaksa mengeluarkan zakat seperti golongan yang berharta. Selain itu, dalam isu kotemporari bagi golongan yang 3
beharta pula, ada di antara mereka yang sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa untuk membayar zakat secara depan-depan. Oleh itu, kini wujudnya pembayaran zakat secara ‘online’. Seterusnya, solat tidak dapat dipisahkan antara muslim dengan Allah s.w.t secara langsung membina hubungan melalui pembentukan rohani (Muhammad Syukri Salleh, 2003). Walau bagaimana sekali pun solat adalah wajib dan tidak boleh ditinggalkan kecuali disebabkan uzur syari’e. Maka banyak rukhsah yang telah diberikan oleh Allah S.W.T disebabkan penilaian bersandarkan Waqi’iyah dalam memberi kemudahan kepada manusia untuk memenuhi tanggungjawab mereka terhadap Allah. Contohnya, solat dapat dilakukan mengikut kemampuan muslim secara realiti sama ada secara berdiri, duduk atau berbaring. Manakala mereka yang bermusafir diberi kemudahan oleh Allah melalui solat Qasar dan Jama’. Firman Allah s.w.t bermaksud: “Allah tiada memberatkan seseorang itu, melainkan menurut kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah: 286).
Maksudnya Allah tidak sesekali membebankan hambanya dengan memaksa mereka melakukan sesuatu yang tidak mampu dilaksanakan. Oleh sebab itu, Allah S.W.T tidak memaksa orang sakit untuk solat seperti orang sihat, tetapi dilakukan menurut kemampuan diri (Akhmal Hj.Mohd.Zain, 2007). Maka solat dan zakat sebagai Ibadah asas ini dijadikan sebagai pengkaedahan dalam pembangunan berteraskan Islam dan dijustifikasikan secara signifikan dengan mengaplikasikan unsur Waqi’iyah mengikut kesesuaian dalam beribadah yang menghubungkan manusia dengan Allah S.W.T.
2.2
Akhlak Waqi’iyah Islam juga dilengkapi dengan akhlak Waqi'iyah, iaitu setiap umat Islam ditegaskan
untuk mengamalkan akhlak yang baik. Sebagai umat yang menganut agama Islam, kita harus menerapkan keperibadian yang unggul di dalam diri. Sebagai contoh, kini sedang hangat diperkatakan tentang isu pergaulan terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah dan remaja. Selain itu, isu yang sering diperkatakan juga adalh isu buli dalam kalangan 4
pelajar sekolah. Seperti yang kita dapat lihat, kini isu buli semakin berleluasa. Di samping itu, ada yang mengatakan bahawa perkara tersebut berlaku adalah kerana mereka dipengaruhi oleh sikap rakan-rakan. Islam telah memberi kebebasan dan tidak melarang kita untuk bergaul dengan sesiapa pun. Namun, kita haruslah menjaga tingkah laku dan akhlak supaya tidak berlaku gejala yang tidak sihat. Oleh yang demikian, Islam tidak mengharamkan sesuatu yang diperlukan oleh manusia dan tidak pula menghalalkan sesuatu yang membahayakan manusia. Sebagai contoh, dalam masalah hiburan, Islam mengharuskan beberapa bentuk hiburan atau permainan selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat Islam seperti terdapat unsurunsur perjudian, melalaikan dan sebagainya. Ini bertujuan bagi memenuhi fitrah manusia yang cenderung kepada hiburan. Islam juga merupakan agama yang sangat mementingkan keadilan. Namun begitu, pada masa yang sama, Islam mengiktiraf bahawa dalam realiti kehidupan manusia di alam ini terdapat perbezaan, baik dari segi jantina, keupayaan fizikal dan mental, taraf ekonomi dan lain-lain. Dengan itu, dalam menunaikan keadilan ekonomi khususnya, Islam tidak menuntut agar harta kekayaan dibahagikan sama rata antara manusia. Hal ini kerana realitinya, manusia tidak sama dari segi keupayaan fizikal, mental, kreativiti, kerajinan, tanggungjawab dan lain-lain. Oleh itu, anugerah dan habuan ekonomi juga berbeza-beza berdasarkan perbezaan setiap individu dari segi usaha dan kesungguhan, kerajinan, kreativiti, tanggungjawab yang dipikul dan lain-lain.
Dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Dan Allah melebihkan sesetengah daripada kamu ke atas yang lain (dari segi anugerah) rezeki. (Surah al-Nahl: 71)
Berkaitan dengan hal tersebut juga, Islam tidak mewajibkan seseorang yang memeluk agama ini agar meninggalkan semua masalah yang dihadapi dan kekayaan yang diperolehi. Sebaliknya, Agama Islam sangat mementingkan keperluan individu dan masyarakat terhadap harta dan rezeki. Selain itu, harta dan rezeki juga dianggap sebagai 5
sesuatu yang penting untuk meneruskan kehidupan seharian. Maka, jelaslah bahawa Islam telah menyediakan penganutnya dengan waqi’iyah dalam aspek akhlak sebagai panduan untuk meneruskan kehidupan.
2.3
Syariah Waqi’iyah Kemudian, antara waqi'iyah dalam syariah Islam ialah syariah Islam dengan
mengambil kira keadaan darurat yang kadang-kadang mengatasi dan menyekat perbuatan manusia dalam sesuatu perkara. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah ini, umat Islam boleh mengguna pakai konsep waqi’iyah. Dalam keadaan darurat, membenarkan seseorang itu untuk melakukan perkara yang dilarang. Dalam hal ini, syariah Islam juga amat memahami kemampuan manusia dalam melakukan perkara-perkara yang wajib dilakukan dan perkara yang dilarang. Isu yang boleh dikaitkan dengan syariah waqi’iyah ialah mengambil wuduk adalah wajib sebelum mendirikan solat dan seperti yang kita tahu, konsep mengambil wuduk adalah membasuh sesetengah anggota badan dengan air. Air tersebut perlu kena kepada kulit anggota badan tetapi berbeza pula dengan mengambil wuduk di negara yang terlampau sejuk. Sebagai contoh, Antartika dan Switzerland yang membolehkan mereka memakai kasut ‘khuf’ ketika mengambil wuduk. Tambahan lagi, dalam memenuhi permintaan tujuan nafsu atau tujuan biologi manusia juga, Islam telah membolehkan perkara tersebut tetapi dengan syarat perlu berkahwin terlebih dahulu. Perkahwinan tersebut pula perlu bertujuan untuk menyalurkan tuntutan-tuntutan syariah Islam. Kemudian, bagi pasangan yang sukar untuk hidup bersama kerana sudah tidak sehaluan dan ketidak percayaan antara satu sama lain, maka Islam membenarkan perbuatan talak sebagai cara yang terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut. Berbeza dengan ajaran sesetengah agama yang secara langsung tidak memberi ruang untuk memberi laluan kepada penyiapan pasangan bermasalah untuk berpisah dengan cara yang baik. Namun, perbuatan talak adalah terletak di tangan suami sahaja. Islam adalah sesuah agama yang adil dan telah membenarkan isteri untuk meminta fasakh jika keadaan terlalu mendesak. Baru-baru ini terdapat satu isu yang telah dikeluarkan oleh Harian Metro, seorang isteri yang mendesak untuk meminta fasakh daripada suaminya yang tidak mahu melepaskannya kerana tidak lagi tahan dengan kekejaman yang telah diperlakukan atas 6
dirinya. Wanita tersebut telah mendapat haknya setelah perkara ini dibawa ke mahkamah syariah. Perkara-perkara tersebut menunjukkan bahawa Islam mementingkan kebajikan umatnya dan telah menyediakan waqi’iyah dari segi syariah dalam Islam.
2.4
Akidah Waqi’iyah Akidah dalam Islam mengajak penganutnya beriman kepada Allah yang telah
didedahkan dengan ayat-ayat qauliyah dan kauniyah dalam jiwa manusia dan alam semesta. Ini adalah apa yang membolehkan kita untuk membangunkan kehidupan ini melalui perkembangan sains dan teknologi, tamadun dan budaya yang tinggi akibat daripada persepsi manusia kepada iman di kedua-dua ayat tersebut. Jelas Waqi'iyyah dalam aspek akidah akan menggalakkan kemajuan dan memenuhi keperluan manusia (Yusuf Al-Qardawi, 1992). Oleh yang demikian, isu kotemporari yang berkaitan dengan waqi’iyah dalam aspek akidah adalah isu yang sedang berlaku di sesebuah negara yang sedang mengalami pergolakan. Sebagai contoh, di Syria, pengganas sering memaksa penduduk Syria yang menganut agama Islam untuk mengaku bahawa mereka menganut agama Kristian. Dalam isu darurat seperti ini, Islam telah menyediakan waqi’iyah tentang perkara tersebut di mana penduduk Syria dibolehkan untuk mengaku bahawa mereka beragama Kristian tetapi dengan syarat, kata-kata tersebut hanya sekadar lafaz yang diucap dengan mulut tetapi hatinya tetap berpegang teguh dengan agama Islam. Demikian, dengan berpegang dengan konsep tersebut, umat tersebut tidak akan jatuh murtad oleh kerena keadaan memaksa. Andai kata, jika umat Islam tersebut masih berdegil dan melawan, mungkin mereka akan dibunuh serta merta. Jadi, terdapat kelonggaran dalam perkara seperti berikut. Berdasarkan konsep waqi’iyah ini, maka jelaslah bahawa agama Islam amat menitik beratkan keperluan umatnya.
3.0
Kesimpulan Tuntasnya, berdasarkan kepada konsep waqi’iyah tersebut dapat disimpulkan
bahawa justifikasi Islam adalah meluas dan fleksibel dalam melihat realiti dan kebenaran 7
kehidupan semasa. Ia juga dilihat sebagai kaedah pengaplikasian secara praktikal selari dengan tuntutan syarak dan tidak membebankan umat Islam dalam kehidupan. Hal ini secara langsung dapat menyumbang kepada terlaksananya pembangunan berteraskan Islam. Akhir sekali, Islam juga dilihat sebagai kaedah pengaplikasian secara praktikal dengan tuntutan syarak dan tidak membebankan umat islam dalam kehidupan. Hal ini secara langsung dapat menyumbang kepada terlaksananya pembangunan berteraskan islam.
8
4.0
Rujukan
Karmila. (2014, 09 14). Tasawwur Islam. Retrieved from Pendidikan Islam: http://karmilakkps.blogspot.my/2014/09/topik-1-tasawwur-islam-islam-bahasa.html Mutalib, A. S. (2009). Journal Of Islamic Education . Tinjauan Terhadap Kem bestari solat, 15-28. Nasution, P. D. (1995). Islam Rasional: Gagasan Dan Pemikiran. Bandung: Penerbit Mizan Anggota IKAPI. Salleh, M. S. (2003). Ciri-ciri Dalam Islam. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Sholihah.
(2015,
07
27).
Retrieved
from
Tarbiyah
Islam:
http://megasholihah33.blogspot.my/2015/07/rabbaniyyah-sumuliyyah-al-wudhuhal.html Zain, A. H. (2007). kotemporari Islam. Kota Bharu: Dian Darulnaim Sdn. Bhd. Yusuf Al-Qardawi. (2004). Al-Waqi'iyah. In Keserdehanaan Dalam Islam (pp. 15-21). Singapura: PERGAS.
9