331.docx

  • Uploaded by: AishahYusof
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 331.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,580
  • Pages: 8
1.0

Ringkasan Eksekutif

Bee Factory adalah sebuah syarikat bumiputera melayu sepenuhnya yang mengeluarkan produk-produk kesihatan berasakan madu lebah asli. Antara produk terawal yang dikeluarkan oleh syarikat kami adalah madu batang atau ‘Honey Madu Stick’ dan sarang lebah mini atau ‘Honey Mini Bar’. Menurut Fitri Affendi Mustafa (2016), menyatakan bahawan setiap urus niaga penjualan barangan perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Justeru, syarikat ini telah didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Suruhanjaya Syarikat Malaysia bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang di bawah akta tersebut (Mohamad Hafizan Baharum, 2013).

Penyelidikan dan pembangunan perlu ditumpu terhadap meningkatkan mutu produk dan mendapatkan produk baru dengan nilai ditambah yang tinggi menggunakan bahan pengganti alternatif (Raziah Mat Lin, 2003). Justeru, kami berusaha untuk mementingkan kualiti dan mutu produk syarikat kami. Kami turut menitikberatkan keselamatan makanan serta kebajikan pelanggan kami. Bee Factory akan terus berkembang sebagai sebuah organisasi yang dinamik dengan sokongan yang berterusan daripada pihak pengurusan dan kakitangan yang progresif dan berdedikasi bermula pada 12 Januari 2019 sehingga kini. Pada peringkat awal, madu lebah asli ini dibungkus oleh Puan Wan Siti Aishah (CEO) bersama suaminya di rumah secara kecil-kecilan. Bee Factory sedang berusaha untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan membeli kilang pembotolan sendiri dan membuka cawangan di seluruh Malaysia.

2.0

Pasaran Sasaran

Penentuan pasaran sasaran adalah langkah pertama dalam strategi pemasaran yang dilakukan oleh kebanyakan organisasi (Zafir Mohd Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun, 2006). Bee Factory mensasarkan pembeli yang berumur 10 tahun hingga 18 tahun dan 40 tahun hingga 50 tahun, iaitu pelanggan yang masih bersekolah dan warga emas yang memerlukan makanan tambahan untuk kesihatan diri. Produk kami adalah produk yang tidak begitu mahal dan mampu milik oleh pelbagai peringkat pendapatan. Selain itu, produk berasaskan madu lebah asli ini juga sesuai dimakan oleh lelaki dan wanita serta mengecualikan dari latar belakang lain iaitu bangsa dan agama. Kami juga mensasarkan dan menjual produk kami di sekitar Bukit Mertajam, Pulau Pinang dengan menumpukan pasaran produk kami di kawasan yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Hal ini kerana, kebanyakan pelanggan yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi akan mengetahui dan menyedari mengenai khasiat madu asli. Bee Factory menyediakan mementingkan penjimatan masa dan memastikan semua masyarakat yang sibuk bekerja dan bersekolah tanpa mengambil kira tahap kesihatan tanpa perlu menggunakan masa yang lama untuk menggunakannya.

Berasaskan tinjauan am, pengalaman dan kemahiran usahawan, kami menjalankan perniagaan ini di kedai-kedai runcit dalam kawasan Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Penduduk kawasan tersebut terdiri daripada dua golongan utama iaitu : 1. Kumpulan berpendapatan sederhana (pendapatan keluarga antara RM 1800 – RM 2500 sebulan) yang terdiri daripada lebih kurang 1300 buah keluarga. 2. Kumpulan berpendapatan tinggi (pendapatan keluarga antara RM 2500 – RM 5000 sebulan) yang terdiri daripada 500 buah keluarga sahaja.

Kedua-dua kumpulan penduduk ini mempunyai purata 5 orang ahli keluarga dengan ibu bapa yang bekerja dan 3 orang anak yang bersekolah rendah atau menengah. Purata perbelanjaan makanan bulanan mereka adalah :

1. RM 1000 sebulan untuk keluarga berpendapatan sederhana 2. RM 1400 sebulan untuk keluarga berpendapatan tinggi

Corak pembelian keluarga berpendapaatan sederhana merangkumi membeli-belah di kedai-kedai runcit dan pasar basah secara tunai. Corak pembelian keluarga berpendapatan tinggi lebih condong kepada pembelian di pasar raya dan sering kali menggunakan kad kredit. Berdasarkan maklumat ini, kumpulan berpendapatan sederhana dipilih sebagai Pasaran Sasaran bagi perniagaan madu lebah ini.

3.0

Trend dan Saiz Pasaran Bee Factory akan terus menjalankan penyelidikan terhadap pasaran yang ingin dimasuki. Penyelidikan dibuat bertujuan untuk mengenal pasti aliran perkembangan semasa industri makanan kesihatan ini.Penyelidikan juga dilakukan

secara

berterusan di dalam mengenal pasti perubahan terhadap keinginan dan cita rasa penggun. Pasaran sasaran sekitar 20 km persegi dari lokasi perniagaan. Dua kumpulan pembeli utama ialah :

1. Murid sekolah rendah dan menengah pembeli utama : a. Sekolah Kebangsaan Mengkuang b. Sekolah Kebangsaan Sri Penanti c. Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang d. Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti 2. 4500 keluarga bermastautin di kawasan yang sama a. Taman Mutiara Indah b. Taman Mengkuang Height c. Taman Seri Berapit d. Kampung Mengkuang Titi e. Kampung Kubang Semang Hasil Kajian : 1. Murid sekolah

= Pembelian RM 700.00 seminggu atau RM 21,000.00 sebulan

2. Keluarga

= Pembelian RM 6,000.00 sebulan

Berdasarkan saiz pasaran jika 12 bulan (1 tahun) RM 252,000.00

(RM 21,000.00 X 12 bulan)

+

RM 72,000.00

(RM 6,000.00 X 12 bulan)

=

RM 324,000.00

Justeru, saiz pasaran bagi perniagaan Bee Factory adalah RM 300,000.00 setahun dengan mengambil kira cuti sekolah.

4.0

Analisis SWOT/TOWS

Kekuatan (Strength) 

Kelemahan (Weakness)

Menggunakan percubaan

khidmat daripada

video



artis

pesaing

terkenal 

harga

dengan

mengurangkan

hasil

perniagaan

Penggunaan yang mudah dan



menjimatkan masa 

Persaingan

Video percubaan yang singkat disebabkan bayaran yang mahal

Boleh dibawa ke mana-mana



sahaja

Kelengkapan perngilangan yang tidak mencukupi



Terhad kepada pelanggan di kawasan Bukit Mertajam

Peluang (Oppurtunities) 

Menggunakan

Ancaman (Threats) khidmat

tunai

Isu-isu

kesihatan

dan

semasa penghantaran ke rumah

keselamatan dalam pembotolan

pelanggan berdekatan dengan

madu lebah 

ibu pejabat 



Peredaran mementingkan

zaman

yang

terhadap

makanan

tambahan yang berkhasiat

Perkembangan

yang

jenis

pesat

makanan

tambahan yang lain. 

Madu yang dihasilkan oleh lebah tidak berkualiti tinggi

5.0

Persaingan

Pesaing yang dikenal pasti termasuk : 1. Kismis Pak Ali yang terletak berdekatan dengan sekolah 2. Syarikat Vida Beauty di dalam kompleks perniagaan berdekatan dengan kawasan tersebut. 3. Sarang Burung Walit di dalam pasar basah di kawasan tersebut.

6.0

Syer Pasaran Berasaskan maklumat berkaitan kekuatan dan kelemahan pesaing, anggaran syer pasaran dengan kemasukan perniagaan Bee Factory adalah seperti berikut :

7.0

1. Kismis Pak Ali

30%

2. Syarikat Vida Beauty

45%

3. Bee Factory

25%

Ramalan Jualan

Pasaran sasaran iaitu kumpulan berpendapatan sederhana dianggarkan akan berbelanja lebih kurang RM 75 sebulan setiap keluarga untuk makanan atau vitamin tambahan. Dengan lebih kurang 1400 keluarga di dalam kawasan tersebut, maka saiz pasaran adalah RM 105,000 sebulan (RM 75 sebulan X 1400 keluarga).

Berdasarkan syer pasaran, perniagaan Bee Factory meramalkan jualan purata bulanan sebanyak RM 26,250 (25% daripada RM105,00). Adalah dianggarkan bahawa jualan akan meningkat pada bulan Januari, Mac, Julai dan Oktober kerana waktu persekolahan dan musim kemarau menyebabkan ramai yang mudah jatuh sakit. Oleh itu, jumlah jualan tahun pertama dianggarkan sebanyak

Bulan

8.0

Ramalan Jualan

Januari

RM 30,000

Februari

RM 25,000

Mac

RM 30,000

April

RM 24,000

Mei

RM 26,000

Jun

RM 20,000

Julai

RM 30,000

Ogos

RM 26,000

September

RM 25,000

Oktober

RM 30,000

November

RM 20,000

Disember

RM 20,000

Jumlah

RM 306,000

Strategi Pemasaran

Menurut Ismail Ab.Wahab (2008), menyatakan strategi pemasaran adalah perancangan dan strategi yang akan digunakan oleh perniagaan untuk menarik minat pelanggan sasaran untuk membeli produk yang dikeluarkan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Justeru, pihak pengurusan dan eksekutif Bee Factory telah merangka suatu pelan pemasaran bagi meningkatkan keuntungan syarikat. Produk-produk yang akan dikeluarkan menggunakan jenama dan logo sendiri iaitu Bee Factory. Untuk menarik minat sasaran iaitu murid sekolah, kami mengeluarkan produk yang bersaiz kecil yang mudah dibawa dan fleksibel untuk dimakan di mana-mana sahaja tanpa memerlukan sebarang peralatan bantuan. Madu lebah asli dibungkus di dalam tiub plastik berbentuk batang yang mudah dibuka dan dimakan dengan nama produk yang menarik iaitu Madu Batang atau “Honey Madu Stick”. Honey Madu Stick hanya berharga RM 1.00 bagi satu batang dapat membekalkan nutrien yang diperlukan oleh seorang manusia untuk satu kali sajian. Sasaran kedua iaitu keluarga akan membeli produk kami ini yang juga dibungkus di dalam kotak yang mengandungi 100 stick untuk dibekalkan kepada anak-anak untuk ke sekolah. Produk kedua kami iaitu sarang lebah mini atau “Honey Mini Bar” yang berharga RM25.00 setiap botol dapat memberi kepuasan kepada pengguna dengan makan sarang lebah yang tulen di dalam botol yang kecil.

Bagi tujuan pengedaran, Bee Factory telah menggunakan 2000 batang Honey Madu Stick untuk diedarkan kepada murid sekolah terpilih secara percuma. Pengedaran secara percuma tersebut berhasil memasarkan lagi produk-produk kami ini kepada kumpulan sasaran utama. Bee Factory sedang berusaha untuk menggunakan medium media sosial dan artis sebagai medium promosi bagi perniagaan kami ini. Kami telah menggunakan khidmat sepasang artis iaitu Shuib Sepahtu dan Siti Sarah sebagai artis pertama yang mencuba dan mengamalkan produk madu asli kami ini. Dengan kebenaran mereka, kami telah mengedarkan video mereka mencuba produk kami di media sosial seperti Instagram dan Facebook. Bee Factory mempunyai laman web tersendiri bertujuan untuk meluaskan lagi promosi produk ini secara atas talian tanpa halangan.

9.0

Belanjawan Pemasaran

Butir-Butir

Aset Tetap

Bulanan

Lain-Lain

Jumlah

Keperluan Aset Tetap Motorsikal

RM 6,000.00

RM 6,000.00

RM 2,000.00

RM 2,000.00

Penghantaran Komputer

Keperluan Modal Kerja Risalah / Brochure

RM 600.00

RM 600.00

Internet

RM 75.00

RM 75.00

Petrol

RM 300.00

RM 300.00

Keperluan Lain & Pra-Operasi Perbelanjaan Lain

-

-

Deposit

-

-

Pendaftaran & Lesen

-

-

Insurans

RM 200.00

RM 200.00

RM 400.00

RM 400.00

RM 600.00

RM 9,575.00

&

Cukai

Jalan Belanja Pelbagai

JUMLAH

RM 8,000.00

RM 975.00

10.0

Rumusan

Rancangan pemasaran ini diyakini dapat membantu mengingkatkan jualan dan keuntungan syarikat Bee Factory. Namun, penyelidikan dan pembangunan harus sentiasa dilakukan oleh syarikat untuk mengembangkan lagi perniagaan dalam bidang makanan tambahan yang berkhasiat ini. Syarikat akan sentiasa mencari peluang untuk memasarkan lagi produk-produk dan menambah baik kualiti dan kuantiti madu lebah asli ini. Bee Factory berhasrat untuk meluaskan perniagaan ini ke seluruh negara Malaysia pada masa akan datang.

11.0

Rujukan

Fitri Affendi Mustafa. (2016). Jual barang persendirian secara online perlu daftar SSM. Utusan Malaysia. Diakses pada 9 Mac 2019, http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jualbarang-persendirian-secara-online-perlu-daftar-ssm-1.206154 Raziah Mat Lin. (2003). Penilaian kecekapan firma pemprosesan produk makanan berasaskan ikan di Malaysia, 1996–1998. Journal of tropical agriculture and food science, 31(2), 273-280. Zafir Mohd Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun. (2003). Menjadi Usahawan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Ismail Ab. Wahab. (2008). Panduan Memulakan Perniagaan. Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

More Documents from "AishahYusof"

331.docx
November 2019 43