2007121913122804 Topic 3

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 2007121913122804 Topic 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 6,342
  • Pages: 24
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

TOPIK 3

TOPIK 3

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

PENGENALAN Asas sains adalah penting dalam pendidikan kesihatan kerana ianya dapat membantu kita untuk mengenal pasti punca dan menangani masalah-masalah berkaitan dengan kesihatan. Terdapat empat aspek asas sains dalam pendidikan kesihatan iaitu, aspek biologi, aspek sosiologi, aspek psikologi dan aspek fisiologi. Aspek biologi membantu kita untuk mengenal pasti fungsi sistem biologi yang mempengaruhi tahap kesihatan individu manakala aspek sosiologi pula membantu kita untuk mengetahui aspek-aspek sosial yang mempengaruhi peranan dan tingkah laku kesihatan individu dan masyarakat. Aspek psikologi membantu kita memahami tingkah laku individu menangani masalah kesihatan dan aspek fisiologi pula membantu kita untuk memahami kesan dan fungsi sistem-sistem organik tubuh terhadap kesihatan individu.

OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan kepentingan asas sains dalam pendidikan kesihatan; 2. menghuraikan struktur anggota badan; dan 3. menghuraikan fungsi sistem-sistem tubuh;

PETA MINDA TOPIK

34

OUM

TOPIK 3

3.1 3.1.1

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

KEPENTINGAN ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN Aspek Biologi

Biologi didefinisikan sebagai sains yang mengkaji tenaga dan jirim yang berfungsi sebagai suatu sistem kehidupan (Nixon & Jewett, 1980). Ia adalah kelompok ilmu pengetahuan berkenaan organisma hidup. Organisma hidup berbeza daripada jirim organik berdasarkan kepada keupayaannya untuk terus berkembang. Dari aspek biologi, kehidupan didefinisikan mengikut beberapa ciri seperti; (a) bertindak balas terhadap stimuli atau rangsangan, (b) pergerakan, (c) pengawalan, dan (d) penghasilan semula. Secara ringkasnya organisma sentiasa berkembang daripada kebolehan dan keupayaan semula jadi kepada kesempurnaan kendiri. Manusia cenderung untuk berkembang, bekerjasama dan berikhtiar untuk hidup. Secara biologinya, manusia merupakan makhluk yang memerlukan sinar matahari, udara yang bersih, pemakanan yang seimbang, keselamatan dan tahap kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna dan sejahtera. Mereka memerlukan tahap perkembangan fizikal, mental dan sosial yang baik. Tahap kesihatan dan gaya hidup yang sihat adalah keperluan asas terhadap pertumbuhan dan perkembangan manusia.

3.1.2

Aspek Sosiologi

Sosiologi adalah kajian tentang kumpulan sosial manusia yang meliputi keluarga, kumpulan agama, organisasi sosial, trend populasi, pendidikan, aspek ekonomi dan status kumpulan minoriti. Sosialisasi secara umumnya merujuk kepada proses yang digunakan oleh kumpulan atau masyarakat untuk menyalurkan perkembangan individu ke dalam tingkah laku personal dan sosial yang diterima bagi memenuhi peranan sebagai ahli dalam kumpulan sosial tersebut (Nixon & Jewett, 1980). Peranan sosial seseorang individu merupakan unit asas kepada sosialisasi. Melalui peranan-peranan sosial ini, tugasan serta tanggungjawab diagihkan kepada individu atau kumpulan dalam masyarakat. Tiap individu akan memainkan peranannya dalam situasi dan bentuk yang berbeza berdasarkan kehendak dan norma-norma yang telah ditetapkan dalam masyarakat. Pendidikan Kesihatan menyediakan situasi pembelajaran khusus kepada individu, keluarga dan masyarakat bagi memainkan peranan mereka terhadap mengamalkan gaya hidup yang sihat dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan mereka. Dalam pendidikan kesihatan, sosiologi berperanan untuk mengkaji; (a) peranan yang dimainkan oleh pendidikan kesihatan di dalam masyarakat, (b) kecenderungan pendidikan kesihatan terhadap kelas-kelas sosial, (c) nilai dan tingkah laku yang diperteguhkan melalui Pendidikan Kesihatan,

OUM

35

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

TOPIK 3

(d) perkaitan antara Pendidikan Kesihatan dengan pencapaian akademik, (e) sosialisasi melalui Pendidikan Kesihatan, (f)

peningkatan mobiliti sosial melalui Pendidikan Kesihatan,

(g) perkaitan amalan dan gaya hidup sihat terhadap budaya dan ekonomi masyarakat, dan (h) perkembangan sosial melalui Pendidikan Kesihatan.

3.1.3

Aspek Psikologi

Psikologi adalah bidang ilmu sains tingkah laku yang mengkaji tingkahlaku manusia. Tumpuan utamanya adalah untuk mengkaji dan melihat; (a) proses-proses organik yang mengawal aktiviti manusia dan haiwan, (b) pola pertumbuhan dan perkembangan manusia, (c) cara mana manusia merasai persekitaran dalaman dan luaran mereka melalui sistem saraf, (d) cara mana manusia belajar, berfikir dan menyelesaikan masalah, (e) tindak balas motivasi dan emosi manusia, (f)

perkembangan dan perbezaan individu,

(g) cara mana manusia menangani stres, konflik dan kekecewaan, dan (h) cara mana manusia berhubung sesama mereka dalam kumpulan. Aspek psikologi dalam pendidikan kesihatan adalah bidang yang cuba untuk mengaplikasikan fakta-fakta dan prinsip-prinsip psikologi terhadap pendidikan, pengamalan dan segala tingkahlaku yang berkaitan dengan kesihatan. Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang; (a) Merasa senang terhadap dirinya. Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang tidak diselubungi oleh rasa takut, marah, cemburu, bersalah dan risau. Mereka percaya terhadap kebolehan kendiri, menerima kegagalan hidup sebagai cabaran, mengekalkan kehormatan kendiri dan menerima kekurangan diri. (b) Merasa selesa dengan orang lain. Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang merasa puas dengan tahap hubungannya dengan orang lain. Mereka merupakan individu yang boleh memberi kasih sayang, bertimbang rasa, menghormati perbezaan yang wujud dan merasa bertangungjawab terhadap orang lain. (c) Berupaya menangani kehendak dan cabaran hidup. Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang cuba menyelesaikan sebarang masalah yang timbul, menerima tanggungjawab serta merancang masa depan. Mereka bersikap realistik dan mampu membuat keputusan sendiri. Mereka akan menggunakan keupayaan serta kebolehan semula jadi untuk mengawal persekitaran mereka dan cuba menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran tersebut.

36

OUM

TOPIK 3

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

(d) Mengawal ketegangan dan kebimbangan. Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang mengenal pasti punca dan simptom ketegangan dan kebimbangan dalam hidup mereka. Mereka secara sedar mengelakkan diri mereka daripada tanggapan yang salah dan tidak menyalahkan orang lain di atas masalah yang mereka hadapi. (e) Mengawal kebencian dan rasa bersalah. Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang mengakui dan berusaha untuk menentang kecenderungan mereka terhadap perasaan benci, marah, mementingkan diri dan rasa bersalah. (f)

Mengekalkan penampilan yang mengembirakan. Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang cuba untuk menempuh kehidupan seharian dengan pendekatan yang menyeronokkan dan mengembirakan. Mereka percaya bahawa hidup ini adalah satu anugerah. Mereka melihat masa hadapan dengan pandangan yang positif.

(g) Memperkayakan kehidupan orang lain. Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang mengakui bahawa terdapat orang lain yang lebih memerlukan bantuan berbanding diri mereka. Mereka bertindak untuk meringankan beban yang ditanggung oleh orang lain dengan memberikan bantuan yang terdaya oleh mereka. (h) Menghargai kepelbagaian. Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang tidak takut akan perbezaan yang ada pada diri mereka berbanding orang lain. Mereka tidak berasa terancam oleh perbezaan bangsa, jantina, agama dan status. (i)

Menghargai persekitaran semula jadi. Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang menghormati keindahan alam semula jadi. Mereka menggunakan masa untuk menikmati persekitaran dan punyai kesedaran terhadap pentingnya mengekalkan keindahan persekitaran alam semula jadi.

Bagi mencapai tahap psikologi yang sihat melibatkan beberapa proses yang kompleks. Antara proses-proses tersebut adalah; (a) Peranan yang dimainkan oleh mental, emosi dan spiritual terhadap kesihatan dan kesejahteraan hidup. (b) Faktor-faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi kesihatan psikologi. (c) Bagaimana keputusan yang dibuat hari ini memberi kesan terhadap kesihatan psikologi akan datang. (d) Bagaimana individu mempertahankan diri daripada pelbagai masalah.

3.1.4

Aspek Fisiologi

Fisiologi merujuk kepada kajian terhadap fungsi sistem-sistem organik tubuh manusia (Nixon & Jewett, 1980). Dalam pendidikan kesihatan, aspek fisiologi membantu kita untuk mengetahui sejauh mana sistem-sistem organik tubuh memberi kesan terhadap kesihatan dan kecergasan seseorang individu. Antara sistem-sistem tubuh yang memberi impak terhadap tahap kesihatan dan kecergasan tubuh kita adalah;

OUM

37

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

TOPIK 3

(a) sistem pergerakan dan perlindungan badan, (b) sistem bekalan tenaga dan perkumuhan, (c) sistem kardiovaskular, (d) sistem deria, koordinasi dan keseimbangan, dan (e) sistem pembiakan. Pengetahuan tentang aspek fisiologi juga dapat membantu kita mengenal pasti kesan yang dihasilkan oleh sistem-sistem organik tubuh terhadap; (a) pekerjaan seharian, (b) pemakanan, (c) kedewasaan dan ketuaan, (d) penggunaan ubatan, dadah, arak dan rokok, (e) perbezaan jantina, (f)

ketidakupayaan fizikal dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya, dan

(g) ketegangan dan kebimbangan.

Latihan 3.1 Nyatakan apakah yang didefinisikan sebagai kehidupan dari aspek biologi?

3.2

STRUKTUR DAN FUNGSI ANGGOTA BADAN

Tubuh manusia merupakan mekanisma yang unik. Ia mempunyai sistem yang saling berkait yang membenarkan segala keperluan hidup manusia seperti air dan makanan disalurkan, diangkut ke semua bahagian tubuh dan dicernakan. Kesemua fungsi ini dilakukan melalui sistem-sistem tubuh yang berfungsi dengan cekap dan sistematik. Ketidakselarian dan kegagalan salah satu sistem ini berfungsi akan menjejaskan fungsi tubuh dan kesihatan individu.

3.2.1

Sistem Pergerakan dan Perlindungan Badan

Sistem tubuh yang terlibat dalam pergerakan dan perlindungan badan adalah sistem: (a) sistem rangka (b) sistem otot (c) sistem integumentari

38

OUM

TOPIK 3

3.2.1.1

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Sistem Rangka

Rangka tulang dan rawan yang melindungi organ-organ tubuh dan membantu pergerakan manusia dikenali sebagai sistem rangka. Sistem rangka mempunyai fungsinya yang khusus. Antara fungsi sistem rangka adalah; (a) Sokongan. Tulang menyediakan kerangka kepada tubuh dan berfungsi untuk menyokong tisu-tisu lembut serta menyediakan tempat lekatan otot rangka. (b) Perlindungan. Organ dalaman dilindungi daripada mendapat kecederaan oleh rangka tubuh. Sebagai contoh otak dilindungi oleh tulang kranial manakala paru-paru dan jantung dilindungi oleh tulang-tulang rusuk. (c) Pergerakan. Otot rangka melekat pada rangka tulang. Apabila otot menguncup, ia menarik tulang dan menghasilkan pergerakan. (d) Penyimpanan Mineral. Tulang menyimpan pelbagai mineral terutama sekali kalsium, fosforus yang bakal disalurkan ke bahagian-bahagian lain dalam tubuh. (e) Penyimpanan sel darah dan penghasilan sel-sel. Dalam tulang-tulang tertentu, tisu-tisu perantara yang dikenali sebagai sum-sum tulang akan menghasilkan sel-sel darah. Proses ini dikenali sebagai hemopoiesis. Sum-sum tulang juga berfungsi untuk membina dan membentuk tulang. (f)

Penyimpanan Tenaga. Lipid yang disimpan di dalam sum-sum tulang yang berwarna kuning adalah sumber penting kepada tenaga kimia dalam tubuh.

Kecelaruan dan kegagalan sistem rangka akan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem rangka adalah; (a) Osteoporosis Osteoporosis merupakan kecelaruan yang dikaitkan dengan kekurangan estrogens dalam tubuh. Di usia tua, tubuh lelaki dan wanita kurang menghasilkan hormon estrogen. Hormon estrogen merupakan tisu yang merangsang tisu tulang (osteoblasts) untuk menghasil dan membina tulang baru. Kekurangan hormon ini akan menyebabkan osteoblasts kurang aktif serta menyebabkan jisim tulang menjadi kurang. Jisim tulang yang kurang pula akan menyebabkan tulang menjadi reput dan patah akibat tidak dapat menampung berat dan tugasan aktiviti harian. Antara faktor penyebab berlakunya osteoporosis ini adalah; (i)

Bentuk tubuh Wanita yang bertubuh pendek adalah golongan yang paling berisiko kerana mempunyai jumlah jisim tulang yang kurang.

(ii)

Berat tubuh Wanita yang kurus merupakan golongan yang paling berisiko kerana kurangnya tisu-tisu adipose yang mana merupakan sumber utama penghasilan hormon estrogen dalam tubuh.

OUM

39

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

TOPIK 3

(iii) Tabiat merokok Merokok akan menjejaskan tahap estrogen di dalam darah. (iv) Kekurangan kalsium. (v)

Kekurangan vitamin D.

(vi) Kekurangan aktiviti senaman Kurang melakukan senaman akan menyebabkan kehilangan jisim dan kekuatan tulang. (vii) Penyalahgunaan dadah. (ix) Menopause pramatang. (b) Rikets Riket adalah sindrom kekurangan vitamin D di kalangan kanak-kanak. Kekurangan ini akan menyebabkan tubuh tidak mampu menyerap kalsium dan fosforus. Apabila ini berlaku tulang tidak lagi mampu menampung berat badan dan menyebabkan tulang kaki menjadi bengkok dan badan menjadi bongkok. (c) Penyakit Paget‘s Penyakit Paget‘s merupakan penyakit yang dihadapi oleh individu disebabkan oleh ketebalan dan kelembutan tulang luar biasa terutama sekali pada tulang-tulang kepala dan pelvis. (d) Scoliosis Scoliosis merupakan kebengkokan tulang vertebral, lazimnya pada bahagian thoracic. (e) Kyphosis Kyphosis merupakan kebongkokkan yang berlaku pada tulang verterbral. (f)

Lordosis Lordosis merupakan kebengkokkan tulang verterbral pada bahagian lumbar.

Bagi menangani masalah kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem rangka ini, beberapa langkah pencegahan dan pemulihan boleh dilakukan. Antaranya ialah; (a) Terapi Penggantian Estrogen (Estrogen Replacement Theraphy). (b) Pengambilan Kalsium Tambahan. (c) Latihan bebanan. (d) Rawatan Fisioterapi. (e) Berhenti daripada tabiat merokok.

3.2.1.2

Sistem Otot

Terdapat empat prinsip penting tisu otot yang perlu dikenal pasti sebelum kita memahami fungsi sistem otot. Empat prinsip tersebut adalah; (a) Mudah terangsang Tisu otot berkeupayaan untuk mudah terangsang dan menerima rangsangan. (b) Penguncupan Tisu otot berkeupayaan untuk memendek, memanjang atau menguncup.

40

OUM

TOPIK 3

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

(c) Keregangan Tisu otot berkeupayaan untuk meregang atau mengembang. (d) Elastik/Anjal Tisu otot berkeupayaan untuk kembali semula kepada bentuk asal selepas berlakunya pengucupan atau keregangan otot. Melalui pengucupan, otot berfungsi untuk; (a) Pergerakan Pengucupan otot membantu menghasilkan pergerakan tubuh seperti berjalan, berlari, melompat dan pelbagai aktiviti pergerakan yang lain. (b) Mengekalkan postur atau bentuk tubuh Pengucupan otot membantu tubuh untuk mengekalkan bentuk dan posisi tubuh. (c) Penghasilan haba Pengucupan otot membantu tubuh untuk menghasilkan haba dan seterusnya membantu tubuh untuk mengekalkan suhu tubuh yang normal. Sejumlah 85 peratus keseluruhan suhu badan dijanakan melalui pengucupan otot. Kecelaruan dan kegagalan sistem otot akan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem otot adalah; (a) Fibrosis Fibrosis merupakan pembentukan ketulan daging (fibrous) tisu perantara di lokasi di mana tisu atau ketulan daging tersebut tidak sepatutnya berada. (b) Fibromyalgia Fibromyalgia merujuk kepada kesakitan, kelembutan, kekenyalan otot, tendon dan tisutisu lembut yang dialami oleh individu. (c) Distropi otot (Muscular Dystrophies) Distropi otot adalah penyakit yang memusnahkan otot. Ia mengakibatkan otot secara progresif menjadi kecut dan musnah. (d) Myasthenia Gravis Myasthenia Gravis merupakan kelemahan otot yang berpunca daripada kecelaruan saraf neuromaskular yang menghalang fiber otot daripada menguncup. Ianya disebabkan oleh antibodi yang mengikat saraf penerima dan menghalang lekatan Ach. (e) Pengucupan Otot yang tidak normal Pengucupan otot yang tidak normal berlaku apabila saraf tidak dapat mengawal pengucupan dan keregangan otot. (f)

Lumpuh Lumpuh berlaku apabila otot tidak mampu untuk mengawal atau kehilangan fungsi untuk menguncup dan meregang akibat daripada kerosakan saraf.

Senaman yang kerap dan berterusan membantu kita untuk mencegah penyakit dan kecelaruan otot. Senaman aerobik contohnya dapat meningkatkan penghantaran oksigen dan penghasilan sistem tenaga. Ianya akan meningkatkan isipadu darah yang merupakan bekalan tenaga kepada otot untuk berfungsi dengan berkesan. Senaman dapat meningkatkan isipadu dan jumlah mitokondria yang berfungsi sebagai sumber tenaga dalam otot rangka. Latihan bebanan pula membantu individu untuk meningkatkan kekuatan dan saiz otot.

OUM

41

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

TOPIK 3

Latihan 3.2 Terangkan apakah faktor penyebab berlakunya osteoporosis?

3.2.1.3

Sistem Integumentari

Kulit, kuku, rambut, kelenjar dan beberapa tisu penerima yang khusus membentuk sistem integumentari. Antara organ yang paling utama dan bertindak melindungi tubuh dalam sistem ini adalah kulit. Kulit berfungsi untuk; (a) Mengawal suhu tubuh Peluh dan perubahan aliran darah pada kulit membantu kulit untuk mengawal suhu tubuh. (b) Perlindungan Kulit menyediakan halangan fizikal menentang kelecetan, kemasukan organisma mikro, dihidrasi dan radiasi sinaran ultra kepada tubuh. (c) Penerimaan stimuli atau rangsangan Kulit berfungsi sebagai penerima stimuli atau rangsangan daripada luar tubuh seperti, perubahan suhu dan cuaca, tekanan, kesakitan dan sentuhan. (d) Perkumuhan Sejumlah kecil air, garam dan beberapa sebatian organik dikumuh keluar dari tubuh oleh kelenjar peluh melalui kulit. (e) Sintesis Vitamin D Dedahan kulit terhadap sinar ultra membantu kulit untuk mensintesis Vitamin D. Vitamin D adalah sebatian yang membantu penyerapan kalsium dan fosforus oleh tubuh. (f)

Imuniti Sel tertentu pada kulit berfungsi membantu tubuh menghasilkan antibodi.

Kecelaruan dan kegagalan sistem integumentari akan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem integumentari ini adalah; (a) Terbakar Ianya berlaku akibat daripada tisu-tisu kulit yang terdedah kepada kepanasan yang terlampau, elektrik, radiasi, dedahan kulit terhadap bahan-bahan kimia yang merosakkan protein dalam sel. (b) Jerawat Jerawat berlaku apabila minyak yang dikeluarkan oleh kelenjar mengalami keradangan. (c) Systemic Lupus Erythematosus Systemic Lupus Erythematosus merupakan penyakit keradangan kulit yang berlaku kepada kaum wanita di tahun-tahun awal peringkat pertumbuhan manusia. Ianya adalah penyakit di mana tubuh menyerang tisu-tisunya sendiri. (d) Psoriasis Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik. Ianya adalah penyakit kulit yang sering berlaku pada tengkorak, siku, lutut, belakang tubuh dan punggung. Penyakit kulit ini tidak berjangkit.

42

OUM

TOPIK 3

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

(e) Ulcer Decubitus Ulcer Decubitus adalah penyakit kulit yang berlaku akibat daripada kekurangan bekalan darah yang berterusan ke tisu disebabkan tubuh mengalami tekanan yang terlalu lama pada sesuatu objek seperti katil dan balutan. (f)

Kanser Kulit Dedahan yang terlalu lama kepada sinar matahari boleh menyebabkan kanser kulit.

Bagi menangani masalah kecelaruan dan kegagalan fungsi organ ini, beberapa langkah pencegahan dan pemulihan boleh dilakukan. Antaranya ialah; (a) Melakukan Senaman Semasa bersenam, tubuh akan mengalirkan darah ke kulit bagi membantu kulit mengeluarkan lebihan haba yang dihasilkan melalui pengucupan otot. Pengaliran darah yang meningkat ini menyediakan bekalan nutrien ke kulit dan merembeskan bahan-bahan kumuh. (b) Melindungi Kulit Daripada Dedahan Sinar Matahari Melindungi kulit daripada dedahan sinar matahari akan membantu kulit untuk mencegah mengalami kanser kulit. Bagi melindungi kulit daripada dedahan sinar matahari, penggunaan krim pencegah sinar matahari (sun block) adalah digalakkan. Topi dan kain boleh digunakan bagi melindungi kulit daripada terlalu terdedah pada sinar matahari. (c) Penjagaan Kesihatan Kulit Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan penjagaan kebersihan kulit boleh membantu kita mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kulit.

3.2.2 3.2.2.1

Sistem Membekal Tenaga dan Sistem Penghadaman Sistem Tenaga

Setiap aktiviti dan pergerakan tubuh kita memerlukan tenaga. Jumlah bekalan tenaga yang diperlukan oleh tubuh bergantung kepada had atau intensiti pergerakan yang kita lakukan. Sebagai contoh aktiviti berlari, melompat dan melontar merupakan aktiviti tangkas yang memerlukan penghasilan relatif tenaga yang banyak dalam jangka waktu yang singkat. Aktiviti jarak jauh seperti merentas desa, berenang dan berbasikal pula merupakan aktiviti jarak jauh yang memerlukan relatif tenaga yang rendah dalam jangka waktu yang lama. Kesemua keperluan tenaga ini mampu dibekalkan oleh tubuh melalui tiga jenis sistem tenaga iaitu; (a) Sistem Phosphagen – (ATP-PC) (b) Sistem Asid Laktik (c) Sistem Aerobik (a) Sistem Phosphagen – (ATP-PCr) Sistem tenaga tubuh yang paling mudah adalah sistem tenaga ATP-PCr. PCr singkatan bagi ‘phosphocreatine‘ merupakan sebatian tenaga yang kaya dengan ‘phosphate’. Ianya disimpan di dalam sel-sel otot dan apabila ianya dipecahkan ia akan menghasilkan jumlah tenaga yang banyak. Tenaga yang dihasilkan oleh PCr ini tidak digunakan secara langsung oleh sel-sel tubuh malah ia menghasilkan semula ATP (Adenosine Triphosphate) bagi mengekalkan bekalan tenaga relatif yang tetap.

OUM

43

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

TOPIK 3

Tenaga yang dihasilkan daripada PCr ini diselenggarakan oleh enzim CK (Creatine Kinase) yang bertindak ke atas PCr bagi memecahkan P (Phosphate) daripada ‘creatine‘. Tenaga yang dihasilkan kemudiannya digunakan terhadap P menjadi molikul ADP (Adenosine Diphosphate). Proses pemecahan tenaga ini ditunjukkan dalam Rajah 3.1.

Rajah 3.1: Mengekalkan tahap ATP daripada sumber tenaga yang disimpan di PCr

Melalui sistem ini, tenaga dihasilkan daripada ATP dengan pemisahan sebatian ‘phosphate’ (P). Sel tubuh akan menghalang pengurangan ATP dengan mengurangkan PCr bagi menghasilkan tenaga daripada ATP. Proses pemecahan dan penghasilan tenaga ini berlaku sangat pantas dan dapat mencapai matlamatnya tanpa struktur khusus dalam sel tubuh. Sistem tenaga ATPPCr ini tidak memerlukan oksigen dan dikenali juga sebagai anaerobik. Semasa saat awal individu melakukan aktiviti yang intensif seperti berlari pecut, ATP dikekalkan pada tahap yang tetap manakala tahap PCr dikurangkan secara beransuransur bagi menggantikan kekurangan ATP. Semasa otot mengalami keletihan, kandungan ATP dan PCr adalah rendah dan tidak berupaya lagi untuk menghasilkan tenaga bagi pengucupan dan relaksasi otot. Keupayaan tubuh untuk mengekalkan tahap ATP bersama dengan sumber tenaga daripada PCr adalah terhad. Tubuh hanya mampu untuk mengekalkan keperluan tenaga kepada otot selama 3 hingga 15 saat sahaja. Melepasi tahap tersebut, sel-sel otot perlu bergantung kepada sumber tenaga yang lain iaitu sistem tenaga asid laktik dan sistem tenaga aerobik. (b)

Sistem Tenaga Asid Laktik Satu lagi sistem tenaga yang dipunyai oleh tubuh adalah sistem tenaga asid laktik. Sistem tenaga ini melibatkan pemecahan (lysis) glukos. Sistem ini juga dikenali sebagai sistem glikolitik kerana ianya melibatkan proses glikolisis di mana glukos dipecahkan oleh enzim yang khusus dikenali sebagai enzim glikolitik. Glukos meliputi 99 % kandungan gula di dalam darah. Gula dalam darah ini datangnya daripada pencernaan kabohidrat dan juga melalui pemecahan glikogen. Glikogen dipecahkan daripada glukos melalui proses yang dikenali sebagai glikogenesis. Ianya disimpan di dalam hempedu atau di dalam otot sehingga ianya diperlukan. Bila diperlukan, glikogen dipecahkan menjadi glukos-1-phosphate melalui proses yang dikenali sebagai glikogenolisis. Sebelum glukos atau glikogen dapat digunakan bagi menjana tenaga, ianya perlu ditukarkan menjadi sebatian yang dikenali sebagai glukos-6-phosphate. Penukaran molikul glukos ini memerlukan satu molikul ATP. Proses glikolisis akan bermula apabila glukos-6-phosphate dibentuk.

44

OUM

TOPIK 3

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Proses glikolisis menghasilkan asid piruvik. Proses ini tidak memerlukan kehadiran oksigen. Proses glikolisis ini memerlukan reaksi 12 enzim bagi memecahkan glikogen kepada asid laktik. Hasil daripada pemecahan ini juga adalah penghasilan 3 mole ATP. Secara ringkas proses glikolisis ditunjukkan dalam Rajah 3.2. Sistem tenaga asid laktik ini tidak banyak menghasilkan ATP. Di sebalik limitasi ini, tindakan bersama sistem tenaga ATP-PCr dan sistem tenaga asid laktik membenarkan otot menjana kuasanya walaupun bekalan oksigen ke otot adalah terhad. Kedua-dua sistem tenaga ini mendominasikan bekalan tenaga tubuh di awal-awal senaman, latihan atau aktiviti yang intensif. Satu lagi kekurangan utama sistem tenaga asid laktik ini adalah pengumpulan asid laktik di dalam otot dan cecair tubuh. Keasidan fiber-fiber otot ini menghalang pemecahan glikogen dan mengurangkan keupayaan ikatan kalsium di otot dan seterusnya menghalang penguncupan otot.

Rajah 3.2: Proses glikolisis

OUM

45

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

TOPIK 3

(c) Sistem Tenaga Aerobik Sistem tenaga aerobik merupakan sistem tenaga yang lebih kompleks berbanding sistem tenaga ATP-PCr dan sistem tenaga asid laktik. Oleh kerana sistem ini menggunakan oksigen dalam proses menjana tenaga maka sistem ini dikenali sebagai sistem aerobik. Sistem tenaga aerobik melibatkan tiga proses iaitu; (i)

Glikolisis

(ii)

Kitaran Krebs

(iii) Rantaian pengangkutan elektron. Secara ringkas keseluruhan proses ini ditunjukkan dalam Rajah 3.3. (i)

Glikolisis Dalam proses metabolisma karbohidrat, glikolisis memainkan peranan yang penting dalam penghasilan aerobik dan anaerobik ATP. Kehadiran oksigen di dalam proses ini menentukan penghasilan asid piruvik dan asid piruvik ditukarkan menjadi ‘Acetyl Conenzyme (Acetyl CoA) manakala tanpa kehadiran oksigen dalam proses ini menghasilkan asid laktik dan hanya 3 molikul ATP.

(ii)

Kitaran Krebs Apabila acetyl CoA memasuki kitaran Krebs, siri reaksi kimia yang kompleks berlaku mengoksidasikan acetyl CoA. Di akhir kitaran Krebs, 2 molikul ATP, oksigen (O2) dan karbon dioksida (Co2) dihasilkan. Karbon dioksida akan dikeluarkan daripada sel dan diangkut melalui darah ke paru-paru untuk dikeluarkan daripada tubuh.

(iii) Rantaian Pengangkutan Elektron Semasa proses glikolisis, hidrogen (H 2) dilepaskan sebagai glukos dan dimetaboliskan menjadi asid piruvik. Lebih banyak hidrogen dilepaskan semasa proses kitaran Krebs. Hidrogen yang dilepaskan daripada proses glikolisis dan kitaran Krebs akan bercantum dengan dua koenzim, NAD (Nicotinamide Adenine Dinucleotide) dan FAD (Flavin Adenine Dinucleotide). Koenzim-koenzim ini akan membawa atom-atom hidrogen kepada rantaian pengangkutan elektron di mana ianya akan dipisahkan menjadi elektron dan proton. Pada akhir rantaian ini, H+ akan bercantum dengan oksigen (O2) bagi membentuk air (H2O) seterusnya menghalang keasidan. Elektron-elektron yang dipisahkan daripada Hidrogen akan melalui siri reaksi rantaian pengangkutan elektron dan seterusnya menghasilkan tenaga untuk phospholirasi ADP bagi menghasilkan ATP.

46

OUM

TOPIK 3

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Rajah 3.3: Proses oksidasi karbohidrat

Latihan 3.3 Sekiranya anda sedang berjoging di taman rekreasi, apakah sistem tenaga yang digunakan oleh tubuh anda bagi membekal tenaga?

3.2.2.2

Sistem Penghadaman

Makanan merupakan keperluan yang amat penting kepada tubuh kerana ianya merupakan sumber tenaga yang mendorong kepada reaksi tindak balas kimia yang ujud pada tiap sel dalam tubuh. Tenaga diperlukan untuk otot menghasilkan pengucupan otot, pengaliran impuls saraf, aktiviti-aktiviti rembesan dan penyerapan kebanyakkan sel dalam tubuh. Pemecahan molikul-molikul makanan bagi digunakan oleh sel-sel tubuh dinamakan penghadaman. Organ-organ tubuh yang melakukan proses ini dalam tubuh digabungkan dalam satu sistem yang dikenali sebagai sistem penghadaman. Organorgan yang terlibat dalam sistem penghadaman ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu;

OUM

47

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

TOPIK 3

(a) Saluran Gastrointestinal Organ-organ dalam kelompok saluran ini terdiri daripada: (i)

mulut

(ii)

faring

(iii) esofagus (iv) perut (v)

usus kecil

(vi) usus besar (b) Struktur Aksessori Organ-organ dalam kelompok struktur ini terdiri daripada: (i)

gigi

(ii)

lidah

(iii) kelenjar savilari (iv) hempedu (v)

pundi hempedu

(vi) pankreas Proses-proses yang terlibat dalam sistem penghadaman terdiri daripada; (a) Pengambilan Makanan Proses ini adalah proses mengambil makanan ke dalam tubuh (makan). (b) Pergerakan Makanan Proses ini adalah proses perjalanan makanan di sepanjang saluran Gastrointestinal. (c) Penghadaman Proses ini adalah proses pemecahan makanan melalui mekanisma mekanikal dan mekanisma kimia. (d) Penyerapan; Proses ini adalah proses perjalanan makanan yang dihadam daripada saluran Gastrointestinal ke sistem kardiovaskular dan sistem limfatik untuk diagihkan ke sel-sel lain dalam tubuh. (e) Pencernaan Proses ini adalah proses di mana bahan-bahan yang tidak dapat dihadamkan dikeluarkan atau dibuang keluar daripada saluran Gastrointestinal. Terdapat dua jenis penghadaman yang berlaku dalam sistem penghadaman iaitu; (a) Penghadaman Kimia Ia adalah siri reaksi kimia yang memecahkan molikul karbohidrat, lipid dan protein yang kompleks yang dimakan kepada molikul-molikul yang lebih kecil. (b) Penghadaman Mekanikal Penghadaman mekanikal meliputi pelbagai pergerakan yang membantu penghadaman kimia. Makanan dihancurkan oleh gigi sebelum ianya dapat ditelan. Otot-otot perut dan 48

OUM

TOPIK 3

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

usus kecil mencairkan makanan supaya ianya dapat sepenuhnya bercampur dengan enzim-enzim yang akan menghadamkan makanan tersebut. Kecelaruan dan kegagalan sistem penghadaman akan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem penghadaman ini adalah; (a) Karies Gigi Karies gigi bermula apabila bakteria (tindak balas gula) menghasilkan asid yang menghakis enamel gigi. Makanan sukar untuk dihadamkan kerana gigi tidak dapat mengunyah dan menghancurkan makanan tersebut. Gigi yang terhakis akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan kepada pesakit. (b) Ulcer Peptik Ulcer yang terbentuk di saluran Gastrointestinal mendedahkan saluran tersebut kepada jus berasid yang dikenali sebagai ulser peptik. Ia menyebabkan individu mengalami kesakitan yang amat sangat pada perut. (c) Appendicitis Ia adalah jangkitan atau kecederaan yang berlaku kepada appendix. (d) Tumor Tumor atau ketumbuhan boleh berlaku di mana-mana bahagian saluran Gastrointestinal. Pengambilan lemak dan protein yang berlebihan mungkin akan menambah risiko terjadinya ketumbuhan ini. (e) Hepatitis Hepatitis adalah jangkitan yang berlaku terhadap hempedu yang berpunca daripada virus, bahan kimia, pengambilan dadah dan alkohol. Terdapat tiga jenis hepatitis; (i)

Hepatitis A Ianya berpunca daripada jangkitan virus hepatitis A yang disebarkan melalui makanan, pakaian, peralatan makanan dan permainan yang tercemar.

(ii)

Hepatitis B Ianya berpunca daripada jangkitan virus hepatitis B yang disebarkan melalui peralatan perubatan (picagari) yang telah tercemar. Ia juga boleh disebarkan melalui rembesan cecair badan (air mata, ludah). Hepatitis B boleh menyebabkan jangkitan yang kronik pada hempedu.

(iii) Bukan A dan Bukan B Ia dalah bentuk hepatitis yang tidak dapat dikenalpasti sama ada dijangkiti oleh virus Hepatitis A atau Hepatitis B. Secara klinikalnya ia seakan-akan Hepatitis B dan lazimnya disebarkan melalui pemindahan darah. Ia boleh mengakibatkan kanser hempedu. (f)

Batu Karang Lebihan kolesterol atau butir-butir garam di dalam pundi kencing akan menyebabkan terbentuknya karang di dalam pundi tersebut. Bentuk atau saiz karang yang lebih besar akan menyebabkan ganguan dan kesakitan kepada pesakit semasa hendak membuang air kecil.

OUM

49

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

TOPIK 3

(g) Anorexia Nervosa Anorexia Nervosa adalah kecelaruan psikologi pesakit berkenaan imej tubuh dan berat badan. Pesakit biasanya sentiasa tidak berpuas hati dengan imej dan berat badannya dan bertindak untuk mengeluarkan kembali makanan yang telah dimakan. Mengamalkan pemakanan yang berkhasiat serta seimbang boleh membantu kita menangani kecelaruan dan permasalahan berkaitan dengan sistem penghadaman ini. Senaman, rehat yang mencukupi serta nasihat pakar pemakanan adalah sangat berguna bagi membantu kita mengamalkan gaya hidup serta pemakanan yang seimbang dan sihat.

3.2.3

Sistem Deria, Koordinasi dan Keseimbangan

Sensasi merujuk kepada keadaan kesedaran situasi dalaman atau luaran tubuh (Tortora, 1991). Bagi mewujudkan sensasi empat keadaan ini perlu dipenuhi; (a) Stimulus atau perubahan persekitaran yang berupaya untuk memulakan impuls saraf perlu hadir. (b) Penerima atau organ deria perlu menjejaki stimulus dan menukarkannya kepada impuls saraf. Organ deria adalah tisu saraf yang sensitif kepada stimuli luaran dan stimuli dalaman. (c) Impuls perlu dialirkan di sepanjang laluan daripada penerima atau organ deria kepada otak. (d) Satu bahagian di otak perlu menterjemahkan impuls saraf kepada sensasi.

3.2.3.1

Ciri-ciri Sensasi

Ciri-ciri sensasi terdiri daripada; (a) Projeksi Proses di mana otak merujuk sensasi kepada titik atau tempat stimulasinya. (b) Adaptasi Adaptasi adalah pengurangan sensitiviti untuk meneruskan stimuli. (c) Lepas Imej Lepas imej adalah keadaan di mana sensasi meneruskan fungsinya walaupun selepas stimulus diubah. Ianya adalah kebalikan daripada adaptasi. (d) Modaliti Modaliti merujuk kepada ciri-ciri khusus tiap sensasi yang membezakannya daripada jenis-jenis sensasi yang lain. Sebagai contoh, impuls yang dijanakan di dalam mata diterjemahkan oleh lobus ocicpital sebagai penglihatan manakala impuls yang dijanakan daripada telinga diterjemahkan oleh lobus temporal sebagai pendengaran.

50

OUM

TOPIK 3

3.2.3.2

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Jenis-jenis Deria

Deria dikategorikan kepada 6 jenis. Jenis-jenis deria tersebut adalah; (a) ‘Cutaneous’ (i)

Sensasi ‘cutaneous’ terdiri daripada sensasi ‘tactile’ (sentuhan, tekanan, getaran), sensasi ‘thermoreceptive’ (haba) dan sensasi kesakitan. Sensasi ini terletak di kulit, tisu-tisu perantara dan di akhiran saluran gastrointestinal.

(ii)

Reseptor cutaneous mempunyai struktur yang ringkas. Ianya terdiri daripada dendrit saraf neuron yang mungkin atau tidak dilampirkan di dalam kapsul epithelial atau di tisu-tisu perantara.

(b) ‘Proprioceptive‘ (i)

Kesedaran aktiviti-aktiviti otot, tendon, sendi dan keseimbangan adalah disumbangkan oleh deria proprioceptive ataupun deria kinestetik.

(ii)

Deria ini memberi maklumat kepada kita tentang darjah mana otot sepatutnya menguncup, jumlah ketegangan tendon, perubahan posisi sendi dan posisi kepala relatif kepada tanah sebagai maklum balas terhadap pergerakan (keseimbangan).

(iii) Reseptor bagi deria ini terletak di dalam otot-otot rangka, tendon, sendi-sendi siovial dan di dalam telinga. (c) ‘Olfactory’ (i)

Reseptor deria olfactory atau deria bau terletak di bahagian superior dan di tengah ‘nasal conchae’ tulang ethmoid serta di bahagian atas ‘nasal septum’.

(ii)

Reseptor ini terdiri daripada tiga jenis sel iaitu sel penyokong, sel olfactory dan sel basal.

(iii) Sel penyokong adalah sel-sel ‘columnar epithelial‘ membren mukos hidung. Sel olfactory pula adalah neuron-neuron yang mana hujungnya mengandungi dendritdendrit yang tamat ke dalam silia yang dikenali sebagai rerambut atau bulu olfactory. Bulu-bulu ini akan bertindak terhadap bau di udara dan akan menstimulasi sel-sel olfactory. Sel-sel basal adalah sel yang akan menghasilkan sel-sel penyokong. (iv) Kelenjar Bowman bertindak untuk menghasilkan mukos yang akan melembapkan permukaan dan melarutkan bahan-bahan bauan. (d) ‘Gustatory’ (i)

Reseptor gustatory atau reseptor rasa ini terletak di bintil-bintil rasa lidah, lelangit mulut dan kerongkong.

(ii)

Reseptor ini terdiri daripada tiga jenis sel iaitu sel penyokong, sel gustatory dan sel basal.

(iii) Sel penyokong merupakan sel khusus yang membentuk kapsul di dalam sel gustatory. Tiap sel gustatory mengandungi rerambut gustatory pada hujung bintilbintil rasa. Sel gustatory ini berhubung dengan stimuli rasa melalui liang rasa. Sel basal pula terletak di hujung dan di bawah bintil-bintil rasa. Sel-sel ini menghasilkan sel-sel penyokong dan sel-sel gustatory. (e) ‘Visual’ (i)

Struktur aksessori mata termasuklah kening, bulu mata, kelopak mata dan peralatan ‘lacrimal’.

OUM

51

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

(ii)

TOPIK 3

Mata dibentuk daripada tiga lapisan iaiitu fibrous tunic (sclera dan kornea), vascular tunic (choroid, ciliary body dan iris) dan nervous tunic (retina).

(iii) Fibrous tunic berfungsi untuk menyediakan bentuk dan perlindungan kepada bahagian dalam mata. Ia juga menerima dan membiaskan cahaya. (iv) Vascular tunic membekalkan darah dan menyerap cahaya. Ia juga berfungsi mengubahsuai bentuk lensa untuk penglihatan jarak dekat atau jarak jauh. Vascular tunic juga berfungsi untuk meregulasikan jumlah cahaya yang masuk ke dalam bebola mata. (v) (f)

Nervous tunic berfungsi untuk menerima cahaya, menukar cahaya kepada impuls saraf dan menghantar impuls tersebut ke saraf optik (II).

Auditori dan keseimbangan (i)

Di samping bertindak sebagai reseptor untuk gelombang bunyi, telinga juga bertindak sebagai reseptor untuk keseimbangan.

(ii)

Telinga dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu luar, tengah dan dalaman.

(iii) Bahagian luar telinga berfungsi untuk mengumpul gelombang bunyi dan mengarahkan gelombang tersebut ke gegendang. (iv) Bahagian tengah telinga berfungsi untuk menseimbangkan tekanan di kedua-dua belah gegendang telinga. Ia juga berfungsi untuk menghantar gelombang bunyi daripada gegendang ke tingkap oval. (v)

Bahagian dalam telinga mempunyai reseptor keseimbangan statik (mascula), reseptor keseimbangan dinamik (cristae), cecair, terusan dan membren yang menghantar gelombang bunyi ke organ spiral. Organ spiral akan menjana impuls saraf dan menghantar impuls tersebut ke reranting koklea.

Latihan 3.4 Nyatakan dua jenis penghadaman yang berlaku dalam sistem penghadaman?

3.3

SISTEM PEMBIAKAN (REPRODUCTIVE SYSTEM)

Pembiakan adalah proses di mana bahan-bahan genetik di sampaikan daripada generasi ke generasi (Tortora, 1991). Organ-organ pembiakan dikelompokkan sebagai; (a) Gonads Menghasilkan gamet. (b) Salur (ducts) Mengangkut dan menyimpan gamet. (c) Aksessori Kelenjar Jantina Menghasilkan bahan-bahan yang menyokong gamet.

52

OUM

TOPIK 3

3.3.1

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Sistem Pembiakan Wanita

Sistem pembiakan wanita terdiri daripada organ-organ pembiakan seperti: (a) Ovari (gonads) (i)

Menghasilkan dan menyahkan oocytes (haid).

(ii)

Merembeskan hormon-hormon estrogen, progestron, inhibin dan relaxin.

(iii) Menyimpan sel ovum. (b) Tiub Uterine atau Fallopian (i)

Mengangkut ova dari ovari ke uterus.

(c) Uterus (i)

Organ yang berfungsi untuk kitaran haid, penyuburan ovum dan perkembangan fetus semasa mengandung.

(d) Vagina (i)

Merupakan saluran untuk pengaliran keluar haid, bahagian paling bawah saluran peranakan dan bekas untuk penis semasa persetubuhan.

(ii)

Berupaya untuk meregang bagi menyempurnakan fungsinya.

(e) Vulva

(f)

(i)

Merupakan genital luaran wanita.

(ii)

Mengandungi mons pubis, labia majora, labia minora, clitoris, vestibule, vaginal, urithral orifices, paraurethral dan kelenjar vestibular.

Kelenjar Mammary (i)

Terletak di otot pectoralis major.

(ii)

Berfungsi untuk merembeskan dan mengeluarkan susu.

(g) Haid Wanita mempunyai kitaran pembiakan yang dikenali sebagai kitaran haid. Tujuan kitaran haid ini adalah untuk menyediakan endometrium pada tiap bulan bagai penerimaan kesuburan telur. Kitaran haid ini sangat berkait dengan kematangan ovum (telur) pada setiap bulan. Kitaran haid diregulasikan oleh hormon pertumbuhan (GnRH) yang akan menstimulasikan pelepasan hormon FSH dan hormon LH. Progestron akan bertindak bersama estrogen untuk menyediakan endometrium dan kelenjar mammary bagi menghasilkan susu. Kematangan atau akil baligh wanita diisyaratkan melalui peningkatan tahap hormon-hormon LH, FSH dan estrogen. Pemberhentian kitaran seksual ini menandakan wanita tersebut mengalami menopause. (h) Ovum Merupakan sel terbesar dalam tubuh manusia. Apabila ovum dibebaskan, ia bergerak ke uteras melalui tiub Fallopia. Pergerakan ini mengambil masa antara 3 hingga 5 hari. Ovum akan mati jika ia tidak disenyawakan dalam tempoh 12 hingga 24 jam setelah ovulasi. Ovum akan melarut dan diserap oleh tubuh jika tidak disenyawakan. Selepas uvulasi, ovari akan merembeskan hormon progresteron dan estrogen. Penghasilan progresteron dan estrogen akan terhenti jika persenyawaan tidak berlaku selepas 2 minggu.

OUM

53

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

3.3.2

TOPIK 3

Sistem Pembiakan Lelaki

Testikel dan zakar adalah organ genital luaran lelaki. (a) Zakar (i)

Terdiri daripada tisu span yang mempunyai daya boleh tegak.

(ii)

Apabila terangsang secara seksual, zakar akan mula kembang, menjadi tegang dan memanjang. Aliran darah menyebabkan tisu span berisi dengan darah dan zakar menjadi tegang.

(b) Testikel (i)

Kelenjar seksual yang terdapat dalam saku berkedut yang dipanggil skrotum.

(ii)

mengandungi beratus ribu copeng yang menghasilkan sperma.

(iii) Punyai peranan yang sama dengan ovari perempuan kerana kedua-dua organ ini menghasilkan sel pembiakan. (iv) Skrotum mengawal suhu testikel. (c) Peranan Hormon Testosteron, androgen dan sel sperma (i)

Fungsi utama testikal ialah penghasilan hormon lelaki yang dipanggil androgen. Androgen bertanggungjawab terhadap perkembangan fizikal lelaki. Ia merangsang tingkahlaku seksual lelaki.

(ii)

Androgen utama yang dihasilkan oleh testikal ialah testosteron. Rangsangan daripada kelenjar pituitari menyebabkan perkembangan testosteron, hormon seks lelaki yang menggalakkan penghasilan sperma.

(iii) Sperma dihasilkan melalui tiub epididimis. Sperma yang matang keluar daripada epididimis melalui vas deferens dan menuju ke vesikal seminal. Vesikal seminal ialah struktur bersaku kecil yang tersambung dengan duktus ejakulasi. (iv) Semasa ejakulasi, lelehan daripada kelenjar vesikal seminal dan prostat bercampur dengan sel sperma. Vesikal seminal akan memasukkan sedikit gula ke dalam vas deferens untuk membekalkan tenaga kepada sperma. Kelenjar prostat membekalkan air mani. Keadaan duktus bertindak untuk melicinkan pergerakan sperma. Dua kelenjar cowper sebesar saiz kacang pi menghasilkan bendalir yang membersihkan uretra supaya tiada sisa air kencing yang mungkin menjejaskan keselamatan sperma. (v)

3.3.3

Daripada duktus ejakulasi, sperma bergerak melalui salur panjang uretra dalam zakar. Air kencing dan sperma dikeluarkan daripada tubuh melalui uretra. Apabila sperma dibebaskan, suatu injap memberhentikan pengaliran air kencing.

Umur Kematangan

Setiap ketika setiap hari kita terlibat dalam proses yang dikenali sebagai ketuaan atau peningkatan umur. Peningkatan umur ini merupakan tempoh perubahan pertumbuhan dan perkembangan yang akan membawa kita kepada peningkatan mental, emosi, spiritual dan fasa-fasa perkembangan fizikal tubuh. Ia merupakan pola perubahan hidup yang wujud sepanjang hayat kita. Umur dikategorikan kepada beberapa kategori seperti; 54

OUM

TOPIK 3

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

(a) Umur Biologikal Umur biologikal merujuk kepada umur relatif atau keadaan sistem atau organ tubuh seseorang individu. Ianya adalah tahap fungsi fisiologikal individu berbanding individu lain yang sebaya dengannya. (b) Umur Psikologikal Umur psikologikal merujuk kepada keupayaan adaptasi dan kesedaran individu terhadap kebolehannya. Pengalaman hidup membantu individu untuk menghadapi dan menangani cabaran hidup. (c) Umur Sosial Umur Sosial merujuk kepada tabiat dan peranan individu terhadap kehendak sosial. Individu dalam tahap umur tertentu berkongsi minat, pendapat dan ideologi yang sama. (d) Umur Kronologikal Umur Kronologikal merujuk kepada jangka hayat umur seseorang individu telah hidup sejak ia dilahirkan. Ianya sering digunakan bagi menentukan kelayakan seseorang individu untuk urusan-urusan rasmi dan formal seperti mengundi, bersekolah dan pekerjaan. (e) Umur Functional Umur Functional merujuk kepada cara mana individu berfungsi berbanding dengan orang lain yang sebaya dengannya. Proses kematangan umur melibatkan dua aspek iaiitu; (a) Aspek Fisiologi Aspek fisiologi adalah perubahan fisiologi yang wujud di dalam tubuh individu sebagai natijah daripada proses ketuaan. (b) Aspek Kognitif Aspek Kognitif adalah perubahan yang wujud berkaitan kecerdasan, daya ingatan dan kefahaman individu.

RUMUSAN Topik ini telah menjelaskan tentang kepentingan asas sains dalam pendidikan kesihatan. Pengetahuan dalam bidang sains akan membantu kita untuk mengenal pasti serta memahami tentang struktur dan fungsi sistem serta organ tubuh badan manusia. Kecelaruan dan kegagalan sistem tubuh untuk berfungsi akan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan kecacatan kepada manusia.

GLOSARI Biologi



Sains yang mengkaji tenaga dan jirim yang berfungsi sebagai suatu sistem kehidupan.

Sosiologi



Kajian tentang kumpulan sosial manusia yang meliputi keluarga, kumpulan agama, organisasi sosial, trend populasi, pendidikan, aspek ekonomi dan status kumpulan minoriti.

OUM

55

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

TOPIK 3

Sosialisasi



Proses yang digunakan oleh kumpulan atau masyarakat untuk menyalurkan perkembangan individu ke dalam tingkahlaku personal dan sosial yang diterima bagi memenuhi peranan sebagai ahli dalam kumpulan sosial tersebut.

Psikologi



Bidang ilmu sains tingkahlaku yang mengkaji tingkahlaku manusia.

Fisiologi



Kajian terhadap fungsi sistem-sistem organik tubuh manusia.

Sistem Rangka



Rangka tulang dan rawan yang melindungi organ-organ tubuh dan membantu pergerakan manusia.

Sensasi



Keadaan kesedaran situasi dalaman atau luaran tubuh.

Pembiakan



Proses di mana bahan-bahan genetik di sampaikan daripada generasi ke generasi.

UJIAN 1 1.

Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan psikologi?

2.

Berikan DUA (2) contoh yang dimaksudkan dengan individu yang secara psikologinya sihat?

3.

Berikan DUA (2) fungsi sistem rangka?

4.

Kecelaruan dan kegagalan sistem otot akan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan kecacatan kepada manusia. Berikan DUA (2) kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem otot.

UJIAN 2 1.

Nyatakan DUA (2) daripada LIMA (5) proses yang terlibat dalam sistem penghadaman

2.

Beri dua daripada EMPAT (4) keadaan yang diperlukan bagi mewujudkan sensasi

3.

Berikan DUA (2) daipada EMPAT (4) ciri sensasi.

4.

Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan modaliti?

56

OUM

TOPIK 3

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

RUJUKAN Donatelle, R.J. & Davis, L.G. (1994). Access To Health. (3rd ed). Englewood Cliffs, New York: Prentice-Hall Inc. Nixon, J.E. & Jewett, A.E. (1980). An Introduction to Physical Education (9th ed.). Philadelphia: Saunders College Pub. Tortora, G.J. (1991). Introduction to Human Body. (2nd ed.). New York: Harper Collins Pub. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001) Modul Pendidikan Kesihatan Keluarga. (Modul 1– 5). Kementerian Pendidikan Malaysia. Wilmore, J. H. & Costil, D.L. (1994). Physiology of Sport and Exercise. Champaign. IL: Human Kinetics.

OUM

57

Related Documents

2007121913122804 Topic 3
December 2019 9
Topic 3
May 2020 11
Topic 3
November 2019 30
3. Topic 3 - Trigonometry
December 2019 12
Topic 3-system Unit
June 2020 11