12 Jantung

  • Uploaded by: Izzuddin Afni
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 12 Jantung as PDF for free.

More details

  • Words: 1,336
  • Pages: 51
NHSC 1013 ANATOMI DAN FISIOLOGI I

SISTEM KARDIOVASKULAR PN. NORINI LATIF

OBJEKTIF • Menghuraikan struktur jantung • Menghuraikan pengaliran darah dalam jantung. • Menyatakan arteri yang membekal darah ke jantung. • Menghuraikan sistem konduksi jantung. • Menyatakan fungsi jantung • Menghuraikan kitar kardium

KOMPONEN SISTEM KARDIOVASKULAR Terdiri daripada: • Jantung • Salur darah

malu

ANATOMI JANTUNG • Mempunyai saiz lebih kurang sebesar genggaman tangan. • Terletak di dalam kaviti torasik, di belakang sternum, di mediastinum iaitu di antara paruparu. • Mempunyai base di atas dan apeks di bawah. • Base terletak di paras tulang rusuk kedua. • Apeks terletak di paras ruang interkostal ke-5 pada garisan midline klavikel. • 2/3 saiz jantung adalah di sebelah kiri.

Saiz jantung

ORGAN YANG BERHUBUNG DENGAN JANTUNG • Inferior– Apeks terletak di pusat tendon diafragma • Superior- salur darah besar iaitu aorta, vena kava superior, arteri pulmonari, vena pulmonari. • Posterior – esofagus, trakea, bronkus kiri dan kanan, descending aorta, vena kava inferior, vertebra torasik. • Lateral – paru-paru. • Anterior – sternum, tulang rusuk, otot interkostal

Inferior

Samb… Superior

Posterior

(Posterior)

( Posterior )

Samb… Posterior

Lateral

Paru-paru kiri

Paru-paru kanan

Jantung

Anterior

kaviti torasik

sternum

STRUKTUR JANTUNG Terdapat 3 lapisan tisu yang membentuk jantung iaitu: • Perikardium • Miokardium • Endokardium

Perikardium • Merupakan lapisan luar jantung. • Terdiri daripada 2 bahagian iaitu: • Sak luar terdiri daripada tisu fiber • Sak dalam terdiri daripada 2 lapisan membran serous. • Lapisan parietal • Lapisan visceral

Samb…

• Tisu fiber mencegah jantung dari mengembang secara berlebihan. • Terdapat ruang diantara dua lapisan perikardium yang dipanggil ruang perikardium • Terdapat cecair perikardium di dalam ruang ini • Sak perikardium memberikan perlindungan kepada jantung daripada geseran

Miokardium • Merupakan lapisan otot yang tebal, boleh mengecut yang terbina khas daripada selsel kardiak – involuntari • Sel kardiak mempunyai cabangan yang menghubungkan antara lapisan sel-sel • Pada setiap hujung sel terdapat diska interkalated yang membantu mengalirkan impuls untuk pengecutan jantung

Samb,,,

• Pada bahagian dalamnya, miokardium mempunyai unjuran ke dalam yang dikenali sebagai otot papillari • Miokardium paling tebal di apeks dan menipis menuju ke dasar

Endokardium • Lapisan epitelium yang melapisi bahagian dalam miokardium • Satu lapisan membran yang nipis, licin dan bersinar yang memudahkan pergerakan darah di dalam jantung

E

Anterior surface

DINDING JANTUNG

Bahagian dalam jantung • Terbahagi kepada kanan dan kiri oleh septum • Setiap bahagian dibahagikan oleh injap atrioventrikular(AV) menjadi ruang atas; atrium, dan ruang bawah; ventrikel • Injap AV kanan (trikuspid) mempunyai tiga tetingkap manakala injap AV kiri (mitral) mempunyai dua tetingkap

Samb…

Ventricle septum

Samb…

• Injap-injap ini membuka dan menutup secara pasif mengikut perubahan tekanan di dalam ruang jantung • Ia membuka apabila tekanan di dalam atria lebih tinggi daripada ventrikel • Semasa ventrikel mengecut, tekanan di dalam ventrikel meningkat melepasi tekanan atria dan injap ini akan menutup

Samb…

• Pergerakan menutup injap-injap ini menghalang darah daripada mengalir balik ke dalam atria dan memastikan pengaliran sehala • Injap ini dihalang daripada terbuka ke atas oleh tali yang dipanggil korda tendinae

Aliran darah melalui jantung • Dua vena yang terbesar di dalam badan iaitu vena kava superior dan inferior akan menyalurkan kandungannya ke dalam atrium kanan. • Darah ini akan melalui injap AV kanan ke ventrikel kanan • Darah akan dipam ke arteri pulmonari. • Bukaan ke arteri pulmonari dikawal oleh injap pulmonari yang dibentuk oleh tiga tetingkap semilunar

Samb…

• Injap ini menghalang pengaliran balik darah ke dalam ventrikel apabila ventrikel mengendur • Selepas meninggalkan jantung, arteri pulmonari membahagi kepada arteri pulmonary kanan dan kiri yang membawa darah vena ke paru-paru yang mana pertukaran gas berlaku; karbon dioksida dibuang dan oksigen diserap

Samb…

• Dua vena pulmonari daripada setiap paruparu membawa darah beroksigen balik ke atrium kiri • Darah kemudiannya melalui injap AV kiri ke dalam ventrikel kiri, dan dari situ ia dipam ke dalam aorta • Bukaan aorta dijaga oleh injap aortik, dibentuk oleh tiga tetingkap semilunar

Physiology of the heart: BODY AORTA

Superior & Inferior Vena Cavae

Aortic valve

Left Ventricle

Right Atria Tricuspid valve

Bicuspid valve

Right Ventricle

Left Atria

Pulmonary valve

Pulmonary Artery

Pulmonary Vein

LUNG

Bekalan darah jantung • Bekalan arteri • Jantung menerima bekalan darah arteri (beroksigen) melalui arteri koronari kanan dan kiri yang merupakan cabangan daripada aorta • Ia menerima 5% daripada darah yang dipam oleh jantung walaupun saiznya kecil • Bekalan darah yang banyak ini terutamanya ke ventrikel kiri menunjukkan kepentingan jantung kepada badan

Samb...

• Aliran darah vena • Kebanyakkan darah vena dikumpulkan ke dalam vena-vena kecil yang bersatu untuk membentuk sinus koronari yang membuka ke atrium kanan • Darah yang selebihnya masuk secara terus ke jantung melalui saluran vena yang kecil

Sistem konduksi jantung • Jantung mempunyai sistem intrinsik yang mana otot kardiak dirangsang secara automatik untuk mengecut tanpa memerlukan bekalan saraf daripada otak • Walau bagaimanapun, sistem intrinsik ini boleh dirangsang ataupun direncat oleh impuls saraf yang berasal daripada otak dan hormon. • Sistem ini terdiri daripada sekumpulan sel neuromuskular khusus di dalam myokardium yang memulakan dan mengalirkan impuls yang menyebabkan pengecutan jantung yang berentak

Samb...

• Nodus Sinoatrial (Nodus SA) • Sekumpulan sel khusus pada dinding atrium kanan berdekatan dengan bukaan vena kava superior. • Bertindak sebagai perentak jantung kerana ia berfungsi untuk memulakan impuls

Samb...

• Nodus Atrioventrikular (Nodus AV) • Sekumpulan sel khusus yang terletak di dalam septum atrium berdekatan dengan injap AV. • Biasanya ia dirangsang oleh impuls yang datang daripada miokardium atrium, namun berupaya untuk memulakan impuls pengecutan jantung tetapi pada kadar yang lebih perlahan berbanding nodus SA

Samb...

• Berkas Atrioventrikular (Berkas AV/His) • Sekumpulan serat khusus yang berasal daripada nodus AV. • Berkas AV ini melintasi cecincin fibrous yang memisahkan atrium dan ventrikel, kemudiannya membahagi kepada cabangan berkas kiri dan kanan pada bahagian atas septum ventrikel • Ia seterusnya berpecah kepada fiber purkinje di dalam miokardium ventrikel

Samb...

• Struktur-struktur ini menyampaikan impuls daripada nodus AV ke bahagian apeks miokardium yang mana akan mencetuskan pengecutan jantung

Sistem konduksi jantung Nodus SA (perentak)

impuls

Bergerak melalui atrium menerusi laluan internodal

Tersebar ke Nodus AV Bergerak melalui berkas AV (Berkas His) Disampaikan ke seluruh ventrikel melalui serat purkinje

Berkas His

serat purkinje

Fungsi Jantung • Mengekalkan aliran darah yang konstan dengan mengepam darah keseluruh badan. • Jantung mengepam darah melalui beberapa siri kejadian yang dipanggil kitar kardium

Kitar kardium • Bermaksud satu degupan jantung yang lengkap yang terdiri daripada kontraksi (sistole) relaksasi (diastole). • Kedua-dua atrium akan kontrak secara serentak dan semasa ia relaks, kedua-dua ventrikel akan kontraks dan relak. • Atrium kekal relaks semasa relaksasi ventrikel

Samb...

• Bilangan kitar kardium per minit yang normal adalah diantara 60-80, memberikan setiap kitar kardium berlaku lebih kurang 0.8 saat • Ia bermula dengan pemindahan darah tidak beroksigen ke dalam atrium kanan oleh vena kava superior dan inferior. • Ia berlaku secara serentak dengan pemindahan darah beroksigen ke atrium kiri oleh vena pulmonari.

Samb...

• Injap AV membuka setelah kedua-dua atrium penuh dengan darah. Nodus SA akan memancarkan impuls kontraksi dan merangsang gelombang kontraksi yang akan merebak ke seluruh miokardium kedua-dua atrium, atrium mengkontrak lalu mengosongkan darah ke dalam ventrikel – mengambil masa 0.1 saat

...

Samb

• Apabila impuls sampai ke nodus AV, ia akan merangsangnya dan menghasilkan impuls yang disebarkan keseluruh otot ventrikel melalui berkas AV, cabangannya dan serat purkinje. • Ini menghasilkan satu gelombang kontraksi yang bermula dari apeks ke atas yang mengepam darah keluar dari jantung melalui arteri pulmonari dan aorta (systole ventrikel 0.3 saat).

Samb...

• Pengecutan ini menghasilkan tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan di dalam atrium dan menyebabkan penutupan injap AV – bunyi jantung pertama. • Penutupan injap AV menghalang pengaliran balik darah ke dalam atrium. • Semasa ventrikel relaks, tekanan di dalam aorta dan arteri pulmonari yang lebih tinggi akan memaksa penutupan injap pulmonari dan aorta – bunyi jantung kedua.

Samb...

• Selepas kontraksi ventrikel keseluruhan jantung akan relaks atau diastole kardiak dan mengambil masa 0.4 saat. • Satu kitaran kardium yang lengkap mengambil selama kira-kira 0.8 saat. • Sistole atrium (0.1 saat) • Sistole ventrikel (0.3 saat) • Diastole kardiak (0.4 saat)

Related Documents

12 Jantung
June 2020 22
Penyakit Jantung
October 2019 54
Bunyi Jantung
May 2020 36
Anfis Jantung
June 2020 26
Askep Jantung
July 2020 19
Jantung Opa
October 2019 31

More Documents from ""