2.3.4 KLAC Objektif: Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. 2.
Mengenal pasti pepasangan klac. Menerangkan kendalian klac dan pentingnya gerak bebas pedal klac. 3. Menservis klac. 4. Menanggal, memeriksa dan memasang kotak gear manual pacuan roda hadapan dan pepasangan klac 5. Memeriksa paras minyak gear dan melaras gerak bebas pedal klac.
Pencapaian Kompetensi.
Info: Kedudukan klac adalah di antara enjin dan kotak gear.
1. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja. 2. Menerangkan kendalian klac jenis kabel dan haidraulik. 3. Mengenal pasti komponen utama pepasangan klac. 4. Dapat menerangkan kendalian klac dan pentingnya gerak bebas pedal klac. 5. Boleh menservis sistem klac. 6. Boleh menanggal, memeriksa, memasang syaf pandu dan kotak gear . 7. Boleh menanggal, memeriksa dan memasang pepasangan klac dengan menggunakan pilot shaft atau centering tools. 8. Boleh memeriksa paras minyak gear dan melaras gerak bebas pedal klac.
Rajah 2.38 Komponen pepasangan klac
Maklumat penting Fungsi Menyambung dan memutuskan kuasa daripada enjin supaya:
1.
Penukaran gear dapat dilakukan dengan mudah dan lancar. 2. Melancarkan pergerakan ketika kenderaan mula hendak bergerak. 3. Membenarkan enjin terus hidup walaupun gear dalam kendalian (pedal klac ditekan).
53
Pepasangan Klac Ia dipasangkan ke roda tenaga dengan menggunakan beberapa bol.
Kendalian klac menggunakan kabel. Apabila pedal klac ditekan, kabel akan tertarik dan menyebabkan tuil pelepas ( release fork ) menolak galas pelepas ke hadapan dan menekan spring gegendang. Spring gegendang akan menarik plat tekanan ke belakang dan membebaskan plat klac. Kuasa dari enjin diputuskan.
Spring gegendang Pedal klac
Kabel klac
Plat klac
Galas pelepas
Tuil Peruma pelepas h klac Bebola pin pelepas (withdraw lever ball pin) Rajah 2.39 Komponen pepasangan klac menggunakan kabel
Kendalian klac menggunakan hidraulik Apabila pedal klac ditekan, cecair hidraulik didalam silinder induk akan dimampat dan menolak piston didalam silinder bantuan klac ( slave cylinder ) ke hadapan. Tindakan ini menyebabkan tuil pelepas ( release fork ) menolak alas pelepas ke hadapan dan menekan spring gegendang. Spring gegendang akan menarik plat tekanan ke belakang dan membebaskan plat klac.
Rajah 2.40 Komponen pepasangan klac menggunakan hidraulik
Aktiviti
54
Tugasan 1. 2. 3.
Mengamalkan langkah keselamatan semasa bekerja. Menservis klac dengan menanggal, memeriksa dan memasang pepasangan klac. Memeriksa paras minyak gear dan melaras gerak bebas pedal klac.
Peralatan Senarai peralatan 1.
2. 3. 4. 5. 6.
Senarai Bahan / kelengkapan
Alat tangan yang sesuai. Jek. Sangga keselamatan dan penyendal. Perengkuh daya kilas. Syaf pandu. Pam minyak gear.
1. Kenderaan pacuan roda hadapan. 2. Kertas las. 3. Klac, perumah klac, galas pelepas dan penghadang minyak gantian. 4. Minyak gear SAE 90.
Langkah kerja Menanggal, memeriksa, dan memasang pepasangan klac 3. Periksa permukaan plat tekanan, roda 1. Buka Enjin yangdidilengkapi dengan 2. bol sekeliling perumah tenaga dan plat klac.(rujuk jadual pepasangan klac. klac. diagnosis)
4. Pasangkan semula pepasangan klac ke roda tenaga.
5. Masukkan syaf pandu dan ikat bol.
6. Gunakan perengkuh daya kilas untuk mengikat bol dengan menggunakan kaedah silang.
Pemeriksaan klac. Jadual diagnosis
55
Komponen Plat klac.
1.
2.
Diagnosis Permukaan klac. a) berminyak. b) Terbakar. c) Retak. Ketebalan plat klac.
Perumah klac.
1. Permukaan plat tekanan. Calar. b) Terbakar. 2. Spring gegendang.
Galas pelepas.
1.
Pusingan. - Tidak kasar.
Roda tenaga.
1.
Permukaan roda tenaga. a) Terbakar. b) Calar. c) Berminyak.
Memeriksa paras minyak gear.
1. 2.
Buka palam pengisian. Pastikan paras minyak gear separas dengan bahagian bawah lubang pengisian.
Paras minyak gear
Palam pengisian
Minyak gear
Lubang pengisian
Palam salir
Gambarajah memeriksa paras minyak gear.
56
Gerak bebas pedal klac Gerak bebas pedal klac ialah jarak dari kedudukan asal sebelum pedal klac ditekan hingga permulaan terasa berat, (galas pelepas menekan spring gegendang). Jarak gerak bebas pedal klac, rujuk spesifikasi dengan melaras skru nat pelaras pada kabel atau rod tunjal.
Gambarajah melaras gerak bebas pedal klac
Latihan.
i) ii) iii) iv)
Rajah 1
1.
Berdasarkan gambarajah di atas, labelkan bahagian yang bernombor.
2.
Nyatakan fungsi sistem klac pada sesebuah kenderaan.
3.
Nyatakan pentingnya gerak bebas pedal klac pada sesebuah kenderaan.
57