04 Tugasan Kerja Kursus.docx

  • Uploaded by: azwansuzairy
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 04 Tugasan Kerja Kursus.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,257
  • Pages: 9
1.0

KONSEP BUDAYA

Rohana Yusof (2010) menyatakan bahawa budaya merupakan perkara-perkara yang berkaitan dengan budi dan akal. Menurut beliau, istilah budi dapat dikaitkan dengan kecergasan fikiran dan akal seseorang manusia dalam usaha untuk mengatasi permasalahan dengan mencari jalan penyelesaian. Istilah daya pula merujuk kepada kekuatan tenaga dan kuasa yang digunakan untuk membantu menjana pemikiran bagi menangani sesuatu masalah. Jika penyelesaian yang diambil daripada hasil pemikiran tersebut diterima dan dapat dijadikan amalan bersama, ianya diterima sebagai budaya dalam kehidupan (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon, 2010). Apabila berbicara mengenai budaya, terdapat dua aspek signifikan yang sering dibincangkan iaitu ciri-ciri budaya dan proses pembudayaan dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

Ciri-ciri budaya

Proses pembudayaan dalam kehidupan masyarakat Malaysia Rajah 1: Konsep Budaya

Bagi aspek yang pertama iaitu ciri-ciri, terdapat ramai sarjana yang telah membincangkan mengenai aspek ini. Misalnya, Kroeber (1972) dan Kluckhohn (1962) dalam Suwardi Endraswara (2006) menyatakan bahawa terdapat lebih 160 ciri budaya. Rangkuman keseluruhan ciri-ciri budaya tersebut membawa kepada beberapa ciri budaya secara generalisasi. Antaranya ialah, budaya sebagai warisan tradisi. Setiap kaum mempunyai budaya yang tersendiri. Budaya ini diwarisi sejak dari zaman dahulu lagi. Sebagai contoh, dari aspek pakaian tradisi, kaum Cina dan kaum India masih menggunakan Cheong Sam dan Sari walaupun telah berhijrah ke negara Malaysia. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa budaya sememangnya bersifat sebagai warisan. Seterusnya, budaya juga dikatakan bersifat dinamik. Budaya dikatakan bersifat dinamik kerana individu dalam masyarakat yang mendukung kebudayaan menerima perubahan (Rohana Yusof, 2010). Perubahan ini dirujuk sebagai proses yang membuatkan bahagian aspek budaya ini mengalami pengubahsuaian dari semasa ke semasa untuk disesuaikan dengan keadaan. Sebagai contoh, kedatangan

1

Islam ke Tanah Melayu telah mengubah kepercayaan Hindu dan Buddha dalam diri masyarakat Melayu kepada Islam. Hal ini menyebabkan nilai-nilai kebudayaan Hindu dan Buddha dalam diri masyarakat Melayu terpinggir dan semakin dilupakan. Senario ini menyebabkan wujud sebuah budaya Melayu baharu yang lebih teradun dengan nilai-nilai agama Islam. Misalnya, pergaulan lelaki dan perempuan sebelum kedatangan Islam adalah bebas. Namun, selepas kedatangan Islam keadaannya berubah kerana terdapat nilai kepercayaan agama yang mengawal pergaulan ini. Ciri budaya yang ketiga ialah dikongsi bersama. Menurut Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon (2010), setiap budaya adalah dikongsi oleh sekumpulan manusia. Ini bermaksud, untuk mengatakan bahawa sesuatu perkara ataupun amalan tersebut adalah ‘budaya’, perkara tersebut perlulah diterima dan diamalkan bersama. Contohnya ialah bahasa. Dalam kerangka sesuatu masyarakat, bahasa berfungsi sebagai simbol yang dikongsi bersama untuk tujuan berkomunikasi antara satu sama lain. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa budaya sememangnya merupakan sesuatu yang dikongsi bersama. Sesuatu budaya juga perlulah mempunyai nilai integratif. Nilai integratif merujuk kepada keupayaan sesuatu untuk bergabung menjadi satu kesatuan yang utuh (Rohana Yusof, 2010). Bagi menganggap sesuatu perkara tersebut sebagai budaya, perkara itu perlulah mampu menyatupadukan masyarakat di dalam satu fahaman atau persetujuan yang sama. Contohnya, perasaan gemar pada sesuatu jenis makanan adalah ciri budaya yang boleh membawa anggota masyarakat bersama (Rohana Yusof, 2010). Misalnya, hidangan nasi lemak yang aslinya merupakan hidangan orang Melayu turut diterima oleh suku kaum lain seperti Cina dan India sebagai makanan mereka. Situasi ini secara tidak langsung boleh memupuk ke arah penghasilan sebuah kesatuan yang utuh.

Proses Pembudayaan

Asimilasi

Akulturasi

Akomodasi

Amalgamasi

Segregasi

Rajah 2: Proses Pembudayaan dalam Kehidupan Masyarakat Malaysia

2

Di samping itu, perbincangan mengenai budaya juga sering melibatkan tentang proses pembudayaan dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Seperti dalam Rajah 2, antara proses pembudayaan dalam kehidupan masyarakat Malaysia ialah asimilasi, akulturasi, akomodasi, amalgamasi dan segregasi. Bermula dengan proses yang pertama iaitu asimilasi, Husin Fateh & Nazariyah Sani (2014) mentakrifkan asimilasi sebagai satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama dengan keadaan budaya dominan akan menghapuskan pengaruh budaya minoriti. Konsep ini diwakili dengan formula A+B+C=A. Sebagai contoh, komuniti Cina dan Siam di Kelantan mengalami proses asimilasi dengan budaya orang Melayu. Proses kedua ialah akulturasi. Akulturasi merupakan perpaduan dua budaya dengan keadaan kedua-dua unsur ini mampu hidup berdampingan tanpa menghilangkan unsur asli budaya masing-masing (Husin Fateh & Nazariyah Sani, 2014). Menariknya, perpaduan antara budaya yang berbeza ini berlangsung dengan damai dan serasi. Sebagai contoh, masyarakat Cina memakai baju Melayu atau Sari pada suatu majlis tertentu. Proses berikutnya ialah akomodasi. Menurut Rohaini Sulaiman (2008), akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain namun tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A+B+C=A+B+C. Contohnya, masyarakat Melayu menghormati setiap sambutan perayaan kaum-kaum lain seperti Deeavali (India) dan Pesta Kaamatan (Kadazan Dusun). Proses keempat ialah amalgamasi. Proses ini ditakrifkan sebagai proses yang terjadi apabila dua budaya yang berbeza bercampur untuk membentuk budaya baharu (Rohana Yusof, 2010). Amalgamasi boleh diwakili dengan formula A+B+C=D. Sebagai contoh, terdapat sebahagian etnik Melayu yang berkahwin dengan etnik Portugis dan membentuk satu generasi baharu yang dikenali sebagai Papia Kristang (Zahir Zainudin, 2015). Akhir sekali ialah segregasi. Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara sebuah etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara (Rohani Sulaiman, 2008). Pengasingan ini boleh berlaku dalam pelbagai aspek seperti tempat tinggal dan pekerjaan. Buktinya, Dasar Pecah Perintah yang diamalkan oleh British telah menyebabkan segregasi antara kaum mengikut tempat tinggal di negara ini berlaku. Sebagai contoh, masyarakat Melayu tinggal di kawasan desa manakala masyarakat Cina di bahagian bandar. Ini

3

menyebabkan komunikasi antara kaum adalah kurang lantas menyukarkan proses perpaduan dicapai. Sebagai kesimpulannya, aspek budaya sememangnya sangat signifikan untuk dibincangkan. Hal ini kerana, menerusi proses merungkai aspek ciri-ciri budaya dan proses pembudayaan dalam kehidupan masyarakat Malaysia,terdapat pelbagai kepentingan yang boleh diperoleh seperti dapat memastikan warisan nilai-nilai kebudayaan supaya dapat terus dipelihara. Ini secara tidak langsung mampu membentuk masyarakat yang sentiasa mengingati budaya tradisi daripada lupus ditelan zaman. 2.0

KONSEP MASYARAKAT MELAYU

Secara umumnya, apabila berbicara mengenai ‘Melayu’, istilah ini sering dirujuk sebagai sebuah etnik di negara Malaysia. Namun, jika dilihat menerusi Perlembagaan Malaysia, istilah ‘Melayu’ dapat dilihat dengan sudut pandang yang lebih besar. Melayu ditakrifkan sebagai seorang yang beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura (Husin Fateh & Nazariyah Sani, 2014). Berbeza pula dengan takrifan oleh UNESCO, istilah Melayu dirujuk sebagai suku bangsa Melayu di

Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan

Madagascar (Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, 2015). Ini bermaksud, orang Melayu tidak hanya terhad di Semenanjung Malaysia sahaja malahan sebahagian besar berada di sekitar kepulauan Nusantara.

Teori Yunan Latar belakang Teori Nusantara Masyarakat Melayu

Budaya Melayu sebagai tunjang kebudayaan kebangsaan

- Amalan kunjungmengunjungi - Bersunat

Rajah 3: Masyarakat Melayu

4

Perbincangan mengenai aspek masyarakat Melayu membawa kita kepada dua perkara yang wajar untuk dititikberatkan iaitu latar belakang masyarakat Melayu serta budaya Melayu sebagai tunjang kebudayaan kebangsaan. Dalam konteks latar belakang masyarakat Melayu, perkara ini boleh dikaitkan dengan dua teori utama iaitu Teori Yunan dan Teori Nusantara. Menurut Din Senu (2010), berdasarkan teori yang pertama iaitu Teori Yunan, antara alasan yang digunakan oleh ilmuwan untuk mendukung teori ini ialah penemuan kapak tua di kepulauan Melayu yang mirip kepada kapak tua di Asia Tengah. Teori ini juga dikukuhkan dengan persamaan adat resam yang ada pada kaum Melayu dan suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Antara tokoh yang menyokong teori ini termasuklah R.H Geldern, Slametmuljana dan Asmah Omar (Asmah Omar, 1985). Hal ini menyebabkan Teori Yunan disokong sebagai asal usul bahasa Melayu. Namun begitu, terdapat juga sesetengah ilmuwan yang berpendapat bahawa bahasa Melayu sebenarnya berasal dari Nusantara. Menerusi Teori Nusantara, pendapat bahawa bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah (Yunan) tidak diterima. Hal ini kerana, menurut teori ini bahasa yang tersebar di Nusantara berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Kedua-dua bahasa merupakan bahasa induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini (J. Crawfurd dalam Mohamed Anwar Omar, 2011). Bahasa Melayu juga dikatakan berasal dari Nusantara kerana keadaan taraf kebudayaan yang tinggi yang ada pada bangsa Melayu dan bangsa Jawa dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah sesuatu bangsa itu mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa Teori Nusantara merupakan teori yang tepat bagi menerangkan asal usul bahasa Melayu. Beralih

pula

kepada

budaya

Melayu

sebagai

tunjang

kebudayaan

kebangsaan. Umumnya, kebudayaan kebangsaan merujuk kepada budaya yang diambil dan digunakan sebagai rujukan, panduan dan amalan oleh keseluruhan rakyat Malaysia. Sebenarnya, budaya Melayu merupakan budaya yang menjadi tunjang kepada penghasilan kebudayaan kebangsaan di negara ini. Antara contoh budaya Melayu yang diterima pakai sebagai tunjang dalam kebudayaan kebangsaan ialah amalan kunjung-mengunjungi antara masyarakat. Amalan ini aslinya merupakan amalan orang Melayu (Rohani Sulaiman,

2008). Namun, jika

diperhatikan pada zaman ini, amalan ini tidak hanya terhad kepada orang Melayu.

5

Malah, orang Cina, India, Kadazan dan lain-lain juga turut mengamalkannya. Bukan itu sahaja, amalan seperti bersunat juga turut merentas kepada kaum lain. Pada awalnya, hanya orang Melayu yang melakukan amalan bersunat sesuai dengan tuntutan yang digariskan dalam agama Islam. Kini, amalan tersebut tidak lagi hanya dilakukan oleh orang Melayu semata-mata sahaja. Amalan ini turut dibuat oleh kaumkaum lain kerana mereka menyedari kebaikan di sebalik amalan tersebut yakni memelihara kebersihan. Tuntasnya, perbincangan mengenai topik Masyarakat Melayu sememangnya sangat penting dilaksanakan. Menerusi perbincangan ini, persoalan-persoalan yang berkaitan dengan latar belakang masyarakat Melayu dan budaya Melayu sebagai tunjang kebudayaan kebangsaan dapat dirungkai. Ini sekaligus mampu membentuk masyarakat yang sentiasa cakna tentang segala isu berkaitan pengamalan budaya di negara Malaysia pada zaman ini mahupun pada zaman lampau. 3.0

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Dasar kebudayaan kebangsaan diwujudkan bagi tujuan untuk menjaga perpaduan antara kaum di negara ini. Dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk, risiko untuk menghadapi masalah sosial dan perpaduan sangat tinggi. Lantaran itu, pengimplementasian dasar ini dilihat sangat signifikan dilakukan bagi memastikan bahawa proses pembentukan kebudayaan nasional menjadi realiti. Namun begitu, sama ada suka ataupun tidak, peranan yang dijelaskan menerusi Dasar Kebudayaan Kebangsaan sebenarnya berhadapan dengan beberapa cabaran yang kritikal. Antara lain peranan dan cabaran yang dihadapi dalam dasar ini ialah seperti berikut;

Peranan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Cabaran Masa Depan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

mengekalkan perpaduan antara rakyat

pengusaan bahasa kebangsaan yang masih lemah

menentukan sifat-sifat terbaik dan mulia yang perlu dicontohi

ekstremis liberalisme

Rajah 4: Peranan dan Cabaran Masa Depan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

6

Dasar ini berperanan sebagai medium untuk mengekalkan perpaduan rakyat Saifuddin

Abdullah,

2001).

Penggubalan

Dasar

Kebudayaan

Kebangsaan

merupakan satu usaha yang diambil kerajaan untuk mengekalkan perpaduan. Salah satu elemen yang ditekankan dalam dasar ini bagi mengekalkan perpaduan ialah elemen bahasa. Setiap rakyat Malaysia perlulah mahir dan fasih dalam bertutur menggunakan bahasa kebangsaan. Sedihnya, setelah lebih sedekad negara ini mengecap kemerdekaan, masih terdapat segelintir rakyat yang masih kurang mahir bertutur menggunakan bahasa kebangsaan. Ini bukan sahaja terjadi kepada golongan muda remaja malahan juga kepada golongan-golongan elit seperti para menteri (M. Jasni Majed, 2017). Jika masalah ini tidak dibendung dengan segera, maka hasrat yang digariskan dalam dasar ini pasti akan gagal untuk direalisasikan. Jika dilihat dari sudut pandang yang berbeza, dasar ini juga bertujuan untuk menentukan sifat-sifat terbaik dan mulia yang perlu dicontohi setiap ahli masyarakat. Dalam konteks agama, Islam menjadi unsur penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Peringkat tertinggi sepatutnya menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Tidak dinafikan bahawa agama rasmi di negara ini merupakan agama Islam. Namun, aliran perubahan masa membuktikan bahawa kedudukan agama ini semakin goyah. Dewasa ini menyaksikan sudah wujud segelintir golongan ekstremis liberalisme yang berani membuat tuntutan-tuntutan yang dahulunya sangat jarang dilakukan. Sebagai contoh, Siti Kasim seorang tokoh liberal yang berkontroversi berani mempertahankan aktiviti-aktiviti LGBT serta menyokong agar orang Melayu Islam mendapat kebebasan memilih agama (Robin Augustin (2008) & Norhayati Kaprawi (2012)). Isu ini merupakan isu yang sangat kritikal. Bayangkan akibat yang boleh berlaku jika masalah ini tidak diatasi dengan segera. Selain hasrat Dasar Kebudayaan Kebangsaan tidak berjaya dicapai, ini juga boleh membawa kepada keruntuhan nilai Islam dalam masyarakat dewasa ini. Secara keseluruhannya, Dasar Kebudayaan Kebangsaan merupakan sebuah panduan yang sangat penting kepada seluruh ahli lapisan masyarakat. Jika tanggungjawab untuk merealisasikan hasrat yang dituntut dalam dasar ini hanya diletakkan pada bahu para pemimpin sahaja, maka hasrat ini tidak akan pernah tertunai. Lantaran itu, delegasi pendidik perlulah berfikir secara kritis bagi memastikan bahawa setiap elemen yang dituntut dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini boleh diterapkan dalam diri murid-murid. Selain bertujuan untuk membentuk sahsiah mulia dalam diri individu, perkara ini juga penting untuk memastikan bahawa perpaduan antara masyarakat dapat dicapai.

7

RUJUKAN Asmah Haji Omar. (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Din Senu. (25 Julai 2010). Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Dilayari pada 19 Februari 2019 daripada http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/sejarah-perkembanganbahasa-melayu.html Husin Fateh Din & Nazariyah Sani. (2014). Kebudayaan Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. (30 Ogos 2015). Masyarakat Melayu. Dilayari pada 19 Februari 2019 daripada http://www.jkkn.gov.my/ms/masyarakat-melayu-0. Mohamed Anwar Omar Din. (2011). Asal-Usul Orang Melayu: Menulis Semula Sejarahnya. Jurnal Melayu, 7(1), 1-82. Norhayati Kaprawi. (16 November 2012). Isu Murtad: Apa Kata Islam Agama, Islam Ideologi, Islam Politik. Dilayari pada 19 Februari 2019 daripada https://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.1127.46 Robin Augustin. (9 Ogos 2018). Siti Kasim hentam Mujahid isu penurunan foto aktivis LGBT. Dilayari pada 19 Februari 2019 daripada https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/09/siti-kasimhentam-mujahid-isu-penurunan-foto-aktivis-lgbt/ Rohana Yusof. (2010). Asas Sains Sosial: Dari Perspektif Sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rohani Sulaiman. (2008). Tafsiran Budaya. Kuala Lumpur: Institut Penterjemahan Negara Malaysia Berhad. Saifuddin Abdullah. (20 Ogos 2001). Utusan Online: Dasar Kebudayaan Kebangsaan perlu dinilai. Dilayari pada 19 Februari 2019 daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0820&pub=Utusan_ Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm Suwardi Endraswara. (2006). Metodologi Penelitian Kebudayaan. Yoyakarta: Gadjah Mada Universiti Press. Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon. (2010). Budaya dan Pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Zahir Zainudin. (2015). Amalgamasi antara Etnik Portugis dan Melayu di Malayia. Dilayari pada 19 Februari 2019 daripada http://zahirzainudin.blogspot.com/2015/11/amalgamasi-antara-etnik-portugisdan.html.

8

LAMPIRAN

9

Related Documents


More Documents from "Agung Alfanet"

04 Tugasan Kerja Kursus.docx
November 2019 12